innity

pages

Saturday, February 11, 2017

MENTERI LETAK JAWATAN: Anifah Aman kah?

sumber gambar: Shahrizat Abdul Jalil
11 FEB : Pemimpin Sabah menafikan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman meletak jawatan seperti spekulasi di blog dan media sosial yang mendakwa beliau adalah “menteri kanan” yang dikatakan Datuk Seri Azmin Ali membuat keputusan meletak jawatan semalam.
Perkara iti dinafikan sendiri pemimpin UMNO Sabah, menurut Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Seri Masidi Manjun menerusi laman Twitter berkata, Anifah sendiri menafikan beliau adalah menteri kanan yang didakwa akan meletak jawatan.
Malah, Masidi yang juga Ketua UMNO Bahagian Ranau memuat naik gambar beliau bersama Anifah serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang duduk semeja dalam satu majlis di sini, malam tadi.
Semalam, Azmin menimbulkan persoalan menerusi Twitter beliau apabila menyatakan benarkah ada seorang menteri kanan telah meletakkan jawatan.
Peletakan jawatan itu didakwa kononnya ada kaitan dengan isu 1MDB. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam reaksi balasnya malam tadi, menyifatkan Azmin sekadar mahu menarik perhatian dengan berbohong, berhubung dakwaan peletakan jawatan oleh seorang menteri. 

Perdana Menteri menerusi kenyataan ringkas, dalam akuan Facebook dan Twitter, menegaskan tiada seorangpun menteri memaklumkan kepadanya untuk meletakkan jawatan.
“Saya menganggap Azmin memberitahu sesuatu yang tidak benar untuk menarik perhatian, lainlah dia menyatakan nama menteri berkenaan,” katanya - BNBBC

1 comment:

  1. Did Azmin name anifah?

    I am amazed........

    My source said umno minister from malaya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com