innity

pages

Monday, February 27, 2017

MENCARI KAMBING HITAM, MEMBULI Perkhidmatan Awam KESELURUHANNYA

Kenyataan Media
Timbalan Presiden

*MENGAPA BERLAKU PERTINDIHAN (REDUNDANCY) DALAM AGENSI KERAJAAN.*

1. Baru-baru ini, begitu riuh rendah isu pengecilan saiz Perkhidmatan Awam Negara diperbahaskan oleh banyak pihak yang sudah pastinya mengundang pelbagai reaksi khususnya daripada Anggota Perkhidmatan Awam itu sendiri.

2. Isu mengurangkan jumlah Kakitangan Awam ini seharusnya ditangani secara holistik kerana kesan langsungnya akan mengakibatkan peningkatan kadar penganguran. Sekaligus isu-isu berkisar kebajikan kakitangan awam itu sendiri.

3. Alasan Kerajaan terbeban dengan tanggungan kewangan bagi membayar gaji dan pencen kepada Kakitangan Awam pada saat negara menghadapi isu Kejatuhan Ringgit dan Kemelesatan Ekonomi adalah hujah yang bersifat pra matang serta sangat berat sebelah.

4. Sebelum isu ini memangsakan Anggota Perkhidmatan Awam, mengapa tidak kita berfikir untuk Menstrukturkan Semula segala isu pertindihan beberapa Jabatan dan Agensi Kerajaan? Di samping membuat perancangan teliti yang lebih efisen untuk Meningkatkan Kompetensi Sistem Perkhidmatan Awam kita.

5. Agar tidak berlaku lagi kesilapan pada masa hadapan darihal pertindihan yang tidak munasabah dan sangat membazir contohnya ; 
kita lihat situasi hari ini di mana telah wujudnya JPJ, kemudian diadakan pula SPAD? 
Apa perlunya TERAJU setelah adanya MARA? 
Syarikat Perumahan Negara bertindih dengan PRIMA.
PEMANDU pula ditubuhkan setelah adanya EPU. 
Atas nasihat yang tidak matang kepada Perdana Menteri tertubuhlah 1MDB setelah wujudnya KHAZANAH
Begitu juga bila diwujudkan MARITIM, kita lihat berlaku pertindihan tugas dengan Polis Marin dan Kastam Marin yang sepatutnya boleh diselaraskan dengan baik. Ini belum lagi diperbahaskan pertindihan Kementerian-kementerian yang tidak perlu dan Jawatan-jawatan Lantikan Politik yang keterlaluan.

6. Ratusan juta ringgit diperuntukan untuk membayar gaji dan elaun, peralatan pejabat dan kos mengurus yang tidak sepatutnya berlaku akibat daripada berlakunya "pertindihan" dalam Perkhidmatan Awam Negara.

7. Sebelum membuat sebarang keputusan untuk tindakan mengurangkan Anggota JPA kita, Kerajaan sewajarnya membuat _"management audit"_ yang akan di antaranya mengenal pasti masalah, memperhitungkan sumber negara, penetapan polisi kewangan dan perancangan pentadbiran yang kompeten.

Kerajaan tidak mungkin boleh meneruskan pengurusan yang sepertimana disebut _"It doesn't matter how much milk you spill as long as you don't lose the cow"._ Ia jelas tidak sesuai dan sangat ketinggalan zaman.

*SALAHUDDIN HJ AYUB*
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara (Amanah)
23 Februari 2017

3 comments:

  1. Kebodohan najib
    Rakyat jawab dalam undi
    Insyallah..ya allah kami mohon berikan kejayaa kepada pribumi warisan dan harapan menang pru14

    ReplyDelete
  2. I do not agree najib was wrongly advised SPECIFICALLY in the case of 1MDB.

    1. It was never discussed, debated and approve in the cabinet!
    2. It was never made known in the public til last minute
    3. The report on 1MDB investigation was never deliberated in the parliament.
    4. The AG report was never published, instead placed under OSA.

    Why????

    1MDB was officially given birth on TATOOSH YACHT....the rest is history.

    SO 1MDB WAS FORMED NOT BASED ON WRONG ADVICE BUT A PLANNED CRIMINAL ACT OF THIEVERY BY NAJIB AND PEOPLE IN THE CONDUITS. THAT IS WHY SARAWAK WAS MADE DUMBED (BUSTARI?).

    ReplyDelete
  3. Memang elok kurangkan penjawat awam, contoh paling lawak kerajaan wujudkan Lembaga Nanas Negara. Sekadar nanas pun ada jabatan. Esok2 adalah mangkok yg cadangkan lembaga daun sup negara,jabatan taugeh negara, pejabat keropok udang negara dll

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com