innity

pages

Thursday, February 9, 2017

'Mat Tere' Lurus Bendul, Dia Perlu DIBELA

Gambar Hiasan

KOTA BHARU - Isu ‘Mat Tere’ ditahan polis ekoran rakaman video yang menghina Tunku Mahkota Johor (TMJ),Tuanku Ismail Sultan Ibrahim sehingga membawa kepada penahanan beliau petang semalam tidak perlu diperbesarkan.

Pengerusi Parti Sosialis Malaysia Kelantan, Khairul Nizam Abd Ghani berkata, ‘Mat Tere’ merupakan golongan kurang upaya dan dianayai oleh pihak tertentu untuk kepentingan sendiri.

“Walaupun ‘Mat Tere’ lebih rapat dengan Umno, kita tidak melihat perbezaan politik menjadi penghalang untuk kita membela nasibnya, memandangkan dia juga rakyat Kelantan.

“Lagipun dia bukannya melakukan jenayah yang berat dan sering menjadi penghibur dan merupakan seorang yang jujur dan lurus bendul,” katanya kepada Sinar Harian.

Jesteru itu, sebagai rakyat yang hidup bersatu padu seharusnya nasib ‘Mat Tere’ atau nama sebenarnya Mohd Zul Apiz Baharum, 29,dibela memandangkan dia merupakan insan istimewa.

Semalam, ‘Mat Tere’ ditahan polis di hadapan sebuah hotel dalam Bandar Kota Bharu kira-kira jam 3.30 petang dan di dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk tindakan lanjut. - SH

3 comments:

  1. Kalau dok dlm lokap pun take,dia kan taktau APA..

    ReplyDelete
  2. Kalau dok dlm lokap pun takpe,dia kan taktau APA..

    ReplyDelete
  3. Mu punya otak dgn perasaan lg oku ni. Wlau x tau ape. Mu sangup tengok bdak OKU duk dlm lokap?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com