innity

pages

Monday, February 20, 2017

MANSUHKAN Kementerian Wilayah, BTN, PERMATA - pembangkang


Pembangkang hari ini menuntut pemansuhan beberapa lagi jawatan, kementerian dan badan yang menurut mereka tidak perlu, bagi menjimatkan wang kerajaan.
Tuntutan itu dibuat sebahagian daripada cadangan penstrukturan semula perkhidmatan awam, susulan kebimbangan terhadap perbelanjaan emolumen RM77.4 bilion atau kira-kira 30 peratus daripada keseluruhan belanjawan.
“Penyusunan semula adalah lebih baik daripada mengurangkan penjawat awam melainkan untuk jabatan-jabatan yang melibatkan pelantikan kuota parti politik,” menurut kenyataan Pakatan Harapan.
Kenyataan itu ditandatangani oleh Datuk Saifuddin Nasution bagi pihak PKR, Liew Chin Tong (DAP) dan Khalid Samad (Parti Amanah Negara – AMANAH).
Isu itu muncul semula selepas bekas ketua setiausaha perbendaharaan, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim (gambar), 13 Februari lalu, mencadangkan kerajaanmengecilkan saiz perkhidmatan awam sebelum terjerumus ke dalam krisis kewangan seperti di Greece.
Mohd Sheriff merujuk kepada tindakan beberapa negara di benua Eropah yang secara tiba-tiba mengecilkan saiz perkhidmatan awam bagi mengurangkan perbelanjaan operasi setelah ekonomi terjejas teruk.
Sementara itu, kenyataan HARAPAN hari ini mencadangkan pemansuhan Kementerian Wilayah Persekutuan kerana didakwa bertindih tugas dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Perbadanan Putrajaya.
“Peruntukan belanjawan yang dikhaskan pada Kementerian Wilayah Persekutuan sebanyak RM1.61 bilion perlu diagihkan semula kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam bentuk penyediaan rumah mampu milik kepada rakyat,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, HARAPAN juga menggesa kerajaan memansuhkan jawatan duta-duta khas dan penasihat menteri yang bertaraf menteri yang “tidak berperanan” membangunkan negara serta bertindih dengan tugas perwakilan luar negara.
Selepas Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia, dua lagi badan turut berdepan gesaan sama, iaitu Biro Tatanegara (BTN) dan Program Permata Negara yang dinaungi isteri perdana menteri Rosmah Mansor.
Peruntukan PERMATA itu dicadang diagihkan semula kepada agensi-agensi pendidikan awal kanak-kanak sedia ada seperti yang sedang dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan.
Gabungan pembangkang itu juga menegur peruntukan besar RM10 bilion daripada RM20.31 bilion bagi tahun 2016.kepada Pejabat Perdana menteri.
HARAPAN mempertikaikan jumlah menteri dan timbalan menteri yang masing-masing berjumlah sembilan dan tiga orang.

“Lantikan-lantikan ini hanyalah untuk memenuhi kuota setiap ahli komponen BN dan bukannya atas dasar meritokrasi dan keupayaan melaksanakan tugas,” kata mereka. -MK

6 comments:


  1. Kalo korang, pandai sangat, cubalah pengaruhi rakyat agar undikan korang.... duk melalak kat sini, sebenarnya merendahkan martabat korang sebagai wakil rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba pahamkan isu nih..

      "Isu itu muncul semula selepas bekas ketua setiausaha perbendaharaan, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim (gambar), 13 Februari lalu, mencadangkan kerajaan mengecilkan saiz perkhidmatan awam sebelum terjerumus ke dalam krisis kewangan seperti di Greece"

      Delete
  2. Bn umno terus bengong
    Insyallah pribumi harapan warisan memerintah malaysia..amin

    ReplyDelete
  3. mcm2 cara dh depa buat untuk pancing rakyat undi depa..tp tk jalan.. dh geng penipu mana rakyat nk percaya.

    mereka perintah Penang dn Selangor pn wujudkan jwtn2 kuota politik, bkn merit. Lantik Saipudin jd punasehat krjn penang bertaraf exco tu ape ke jadahnya?

    ReplyDelete
  4. low class punya pembangkang

    ReplyDelete
  5. Suka hati la dia melalak kat sini..kau sakit hati kenapa?this is democracy. .kalau pihak sana bole guna tv utk kutuk pihak lain so whats the problem? Yg merendahkan martabat adalah org2 yg bercakap mcm kau without any valid argument, points n facts.

    Imagine kalau seorg menteri mempunyai pemikiran mcm kau..na'uzubillah. .... tak tahu how politics work then duduk diam suda laaaaa..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com