innity

pages

Friday, February 10, 2017

Mahfuz kata UMNO Kedah terdesak, mahu kerjasama dengan Pas

 
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mendakwa UMNO Kedah di ambang kegagalan mempertahankan negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ini apabila menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan Pas.
Mahfuz membuat dakwaan itu apabila Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dikatakan berusaha memujuk Pas, ia seolah menunjukkan UMNO negeri kini makin lemah.
Beliau seterusnya mendakwa kesediaan UMNO untuk bekerjasama dengan Pas bukan satu kesungguhan dari parti itu, sebaliknya sekadar janji manis yang tidak menjanjikan apa-apa keuntungan kepada kedua-dua pihak.
“Taktik yang digunakan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah ini semua orang boleh baca, dan sayangnya semua sudah terlambat kerana rakyat hari ini lebih bijak menilai yang mana kaca, yang mana permata.
“Apa yang penting dari kesediaan UMNO itu adalah agar Pas tidak kembali kepada pakatan politik pembangkang.
“Bagi UMNO, jika Pas tidak kembali kepada pakatan pembangkang, ianya sudah cukup untuk UMNO terus menerajui kerajaan selepas PRU 14 nanti,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.
Menurut Mahfuz, Pas akan kekal bersendirian dan tidak akan sekali-kali menyertai pakatan pembangkang yang disertai PKR, DAP, Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Kata beliau, sekiranya Ahmad Bashah membuat perkiraan akan berlaku pertandingan tiga penjuru antara UMNO/Barisan Nasional (BN) dengan Pas dan Pakatan Harapan (PH), ia adalah perhitungan yang silap.
“Perkiraan itu sebenarnya salah. Pertandingan tiga penjuru akan membawa kepada perebutan segmen pengundi yang sama antara Pas dan UMNO.
“Pas akan merebut undi UMNO bagi menambah jumlah kekuatan dan UMNO akan merebut undi Pas bagi memastikan kemenangan, tetapi UMNO lupa yang mereka sedang menghadapi pengurangan pengundi kerana penghijrahan ahlinya kepada PPBM dan Pas juga mengalami pengurangan undi kerana penghijrahan ahlinya ke parti PAN dan PPBM,” katanya. – MalaysiaGazette

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com