innity

pages

Monday, February 20, 2017

Madinah dilantik Ketua Audit Negara yang baharu


PUTRAJAYA - Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad dilantik sebagai Ketua Audit Negara yang baharu selama dua tahun berkuatkuasa mulai 23 Februari 2017 hingga 22 Februari 2019.
Pelantikan tersebut dibuat bagi menggantikan Tan Sri Ambrin Buang yang akan tamat tempoh perkhidmatannya pada 22 Februari ini.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, berdasarkan Fasal (1) Perkara 105 Perlembagaan Persekutuan, Yang Dipertuan Agong Sultan Muhammad V atas nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja telah memperkenankan pelantikan Madinah.
"Madinah merupakan Bekas Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan juga bekas Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan sebelum bersara wajib pada 3 September lalu,” katanya melalui satu kenyataan di sini hari ini.

Madinah, 60, mempunyai kelulusan Sarjana Muda (Kepujian) Sains Politik dari Universiti Sains Malaysia dan Sarjana Sains dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia serta Ijazah Kedoktoran dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia masing-masing dari Universiti Putra Malaysia.
Dalam pada itu, Ali berkata, kerajaan merakamkan penghargaan kepada Ambrin di atas khidmat bakti beliau sepanjang menjawat jawatan tersebut sejak 23 Februari 2006.
"Beliau telah melakukan usaha-usaha mentransformasikan dan menstrukturkan semula sistem-sistem pengauditan kerajaan serta mengukuhkan sistem-sistem pengurusan kewangan kerajaan,” katanya. - K! ONLINE

7 comments:

  1. Pilihla akauntant.

    ReplyDelete
  2. Jaga betul 2 harta negara .. jika tidak berAMANAH .. nak minta maaf lagu mana dengan rakyat Malaysia lebih kurang 30 juta orang .. umur pun lebih 60 tahun ..
    ambo takut dengan siksaan Allah taala ..

    ReplyDelete
  3. HIDUP HAJI HADI, HIDUP PAS, TAKDIRRRRR

    ReplyDelete
  4. Suami berani mati utk najib..bini pulak jadi ketua audit negara..bukan kelulusan akauntan pun...makin parah malaysia dah...

    ReplyDelete
  5. Yg dah pencen, pencenlah knp nk ambil bekerja lg. Ramai lg yg layak yg masih dlm kerajaan. Lantiklah yg pakar dlm kewangan dan dlm kalangan akauntan. Tidak bermakna ada Phd tu boleh buat semua kerja. Kalau hal duit je lantik org yg jd pak hangguk supaya jgn ckp byk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. komen power bro...Madinah baca mau nangis dia. part yg aku suka pasal ada Phd tk bermakna tau semua benda..great comment.

      Delete
  6. Cek betul2 semua harta negara Dari dulu hingga sekarang jangan mis satu pun

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com