innity

pages

Thursday, February 16, 2017

Lokman: JASA akan BELA Kerajaan Pembangkang jika BERJAYA Perintah Pusat


Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) adalah sebuah agensi yang dipertanggungjawabkan bagi menjawab segala isu-isu yang membelit pentadbiran kerajaan hari ini iaitu Barisan Nasional (BN).
Oleh demikian bekas Panel Pemikir JASA Datuk Lokman Noor Adam menegaskan tidak timbul soal JASA menjadi alat kepada BN.
Malah, Lokman berkata sekiranya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya, sekaligus mentadbir negara, sudah pasti JASA akan membela mereka.
"Sebenarnya JASA menjawab isu-isu yang dilontarkan kepada kerajaan yang berkuasa hari ini. Tak kiralah kalau misalnya lepas ini PKR memerintah maka JASA juga akan membela kerajaan hari itu.
"Melainkan kalau Rafizi dah hapuskan JASA-lah,' kata Lokman kepada Malaysiakini.
Lokman berkata demikian mengulas kenyataan anggota Parlimen Pandan yang mengesyorkan JASA dimansuhkan kerana didakwanya menjadi alat kepada kerajaan.
PKR semalam mengesyorkan penstrukturan semula perkhidmatan awam dengan memansuhkan jabatan, jawatan atau peruntukan yang tidak berkait dengan tugas berkhidmat kepada rakyat tanpa pilih kasih.
Naib presidennya, Rafizi Ramli menndakwa ini kerana terdapat jabatan dan perjawatan khusus untuk kempen politik BN dan ia mesti dimansuhkan, seperti JASA di Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKM).
Memetik dokumen Belanjawan 2017 (Maksud Bekalan 47 iaitu peruntukan yang diluluskan dalam Belanjawan 2017 untuk KKM), Rafizi dilaporkan berkata JASA diperuntukkan sebanyak RM22,886,500 pada 2017 berbanding RM22,801,000 yang dianggarkan dibelanjakan pada tahun sebelumnya.
Dari jumlah RM22,886,500 itu, RM5,712,900 adalah perbelanjaan penggajian dan RM17,173,600 adalah perbelanjaan perbekalan, kata Rafizi.
Selain itu Rafizi juga mendakwa JASA terlibat dengan penghantaran makluman “propaganda” yang mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu-isu kontroversi seperti 1MDB.
Bagaimanapun Lokman yang kini berkhidmat sebagai pengarah komunikasi strategik di Kementerian Kewangan selepas tujuh tahun di JASA, mendakwa itu hanyalah sandiwara PKR.
Kata Lokman, adalah tidak mustahil untuk PKR menggunakan khidmat JASA sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya kelak.
"Tetapi mengenali kepimpinan PKR ini mereka hanya cakap nak buat perubahan itu bila dia tak ada kuasa.
"Bila dia ada kuasa dia akan guna JASA untuk mengukuhkan kedudukan PKR pula. Itu biasalah, nasib baik dia tak ada peluang lagi nak berkuasa," kata Lokman.
Tambah Lokman, apa yang dinyatakan Rafizi itu juga hanyalah cara mudah bagi pemimpin PKR itu mendiamkan pihak yang seringkali berjaya mendedahkan pembohongannya.
"Selama hari ini apa jua yang diperkatakan Rafizi orang terima bulat-bulat, seolah-olah semuanya fakta.
"Tetapi dari masa ke semasa segala fitnah yang dikeluarkan Rafizi telah dijawab oleh pihak JASA dan bukan hanya ianya telah dijawab tetapi JASA telah berjaya menunjukkan bahawa Rafizi ini seorang pembohong.
"Dan hari ini antara agensi yang kehadapan dalam memerangi fitnah-fitnah dan menjawab tuduhan liar yang tidak berasas adalah JASA.
"Jadi, cara yang paling mudah bagi manusia yang tidak yakin seperti Rafizi ialah untuk mencadangkan supaya saingan beliau dan juga mereka yang sering mendedahkan pembohongan beliau, dimansuhkan,' kata Lokman. - MK

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com