innity

pages

Thursday, February 16, 2017

Lepas Valet Doa, ada Valet Dosa Pula, RM0.99 Pakej Dosa Kecil, RM6.66 Pakej Dosa Besar


Facebook Fahmi Reza hari ini memaparkan tawaran yang dikenali sebagai "Valet Dosa".

Tawaran tersebut mungkin sebagai respon terhadap pakej Valet Doa yang sedang tular pada masa ini.

Netizen persoal tindakan pengasas perkhidmatan ini 'membuat duit' dengan cara sebegini.Foto/Facebook Valet_Doa
SEBUAH laman Facebook yang diwujudkan beberapa hari lalu, Valet_Doa, mencetuskan kemarahan pengguna laman sosial apabila menawarkan perkhidmatan kiriman doa untuk dibacakan di Tanah Suci.

Berdasarkan status di akaun Facebook, perkhidmatan itu boleh didapati dengan harga sekitar RM250 sehingga RM5,000, mengikut pakej-pakej yang telah ditawarkan.

Antara pakej tersebut adalah Pakej King Salman dan Pakej VVIP.

Menurut penjelasan pemilik akaun terbabit, Nasrin Harin, atau Haji Arin, perkhidmatan itu diwujudkan untuk memudahkan mereka yang tidak berkemampuan ke Mekah dan berdoa di sana

Merujuk kepada pakej "Valet Dosa" pula tawaran diberikan kepada mereka yang sudah bertahun-tahun ingin buat dosa, tetapi takut masuk neraka, maka ditawarkan pakej valet dosa tersebut.

FB tersebut menyatakan "DAH BERTAHUN-TAHUN NAK BUAT DOSA, TAPI TAKUT MASUK NERAKA?"

"Sekarang anda tak perlu takut lagi, dengan VALET DOSA!"

"Dosa anda, kami tanggung! Dengan pakej ohsem kami, anda hanya perlu bayar RM0.99 untuk setiap dosa kecil dan RM6.66 untuk setiap dosa besar. 100% gerenti masuk syurga atau duit anda kami kembalikan! Apa tunggu lagi, secure spot anda sekarang!"

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com