innity

pages

Thursday, February 16, 2017

Laporan mengenai coli suspek undang cemuhan


Perhatian media antarabangsa sekali lagi tertumpu ke Malaysia, dengan kali ini berhubung pembunuhan abang tiri presiden Korea Utara, Kim Jong-nam, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2, awal minggu ini.
Agensi-agensi berita di seluruh dunia sibuk melahirkan teori konspirasi di sebalik pembunuhan itu.
Walaupun bagaimanapun, sebuah akhbar tempatan memilih untuk menyerlahkan butiran mendebarkan berhubung pakaian dalam seorang suspek wanita ketika dia ditangkap.
Menurut China Press, suspek berbaju putih dan jelas tidak memakai coli, sehingga pasukan polis terpaksa memberinya sehelai kain untuk menutup dadanya.
Laporan itu juga mendakwa bahawa pihak polis tidak percaya bahawa "wanita seksi dan cantik” itu adalah seorang pembunuh.
"Ketika ditangkap, dia berdepan dengan lebih 10 anggota polis. Dia tenang sepanjang tahanan dan soal siasat," kata laporan itu yang memetik sumber.
Seperti dijangka, laporan akhbar itu mengundang cemuhan dan bidasan orang ramai.
Ramai meluahkan rasa tidak puas hati mereka di laman Facebook China Press dengan berkata bahawa tidak ada keperluan untuk mensensasikan perkara seumpama itu dalam apa cara sekalipun. -MK

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com