innity

pages

Wednesday, February 1, 2017

[LAGI KEJUTAN SELEPAS NAIK MINYAK] Caj rawatan gigi naik mendadak 1 Mac


CAJ RAWATAN GIGI KLINIK KERAJAAN NAIK MENDADAK MULAI 1 MAC 2017

Seiring dengan kenaikan harga petrol sebanyak 20 sen dan diesel sebanyak 10 sen berkuatkuasa mulai esok, rakyat dikejutkan lagi dengan satu lagi beban tambahan. 

Kenaikan caj rawatan pergigian yang pada mulanya dijadualkan berkuatkuasa mulai 1 Februari tapi dilewatkan kepada 1 Mac. Walau lewat sebulan, hakikatnya ia tetap naik.

Kenaikan caj rawatan pergigian di klinik-klinik kerajaan ini berlaku dengan sangat mendadak.

Merujuk kepada pekeliling dari Bahagian Kewangan Kementerian Kesihatan Malaysia bertarikh 26 Januari 2017, caj cabutan gigi naik dari RM1 kepada RM15, caj cuci gigi naik dari RM2 kepada RM25 dan yang paling drastik kenaikannya caj cuci gigi naik dari RM2 kepada RM55.

Sebenarnya caj cuci gigi RM55 itu lebih mahal dari harga di klinik swasta sekitar RM50 sahaja.

Saya tidak pasti apakah rasionalnya di sebalik kenaikan mendadak ini kerana yang pastinya walaupun caj diambil dari pesakit, ianya tidak sama sekali mengurangkan beban kewangan kerajaan dalam menyalurkan peruntukan kepada Bahagian Perkhidmatan Pergigian, Kementerian Kesihatan.

Mudah disebut, saya pinjam istilah yang digunakan seorang kawan dari bahagian kewangan sebuah hospital kerajaan, "caj yang diambil dari pesakit tak lepas pun walau untuk bayar bil letrik klinik atau hospital".

Apatah lagi kalau nak guna untuk bayar gaji kakitangan atau beli bahan-bahan perubatan. Lalu untuk apa pesakit di caj sebegini?

Dr Azman Ibrahim
Ketua Kebajikan PAS Terengganu
31 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 31/1/2017

3 comments:

  1. Admin,caj cuci gigi rm25 atau rm55? Gigi aku byk nk kena cuci ni...

    ReplyDelete
  2. Kata orang yang bukan bekerja di hospital kerajaan. Isteri saya bekerja di HKL dan caj rawatan gigi masih tetap sama.

    Macamana dia ni boleh bawa isu yang dia sendiri tak tahu menahu langsung ni? Sumber mana dia kutip?

    ReplyDelete
  3. harga ubat gigi mesti melambung naik..hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com