innity

pages

Saturday, February 4, 2017

KPN dianugerah Darjah Utama Bakti Cemerlang oleh Presiden Singapura


SINGAPURA - Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar telah dianugerahkan Darjah Utama Bakti Cemerlang oleh Presiden Singapura Tony Tan Keng Yam pada Khamis di Istana di sini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura berkata penganugerahan itu ialah sebagai menghargai sumbangan besar beliau membanteras keganasan dan jenayah rentas sempadan di rantau ini serta mengukuhkan kerjasama dua hala antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Polis Singapura.

Khalid ialah satu-satunya penerima pada istiadat tersebut, kata kenyataan itu.

Sebelum upacara itu, Khalid mengunjungi Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam dan rakan sejawatannya dari Singapura, Pesuruhjaya Polis Hoong Wee Teck.

Suruhanjaya Tinggi berkata di bawah kepimpinan beliau, hubungan antara kedua-dua pasukan polis telah berkembang malahan lebih erat dan ini terbukti melalui kerjasama yang baik dalam usaha memerangi jenayah rentas sempadan, "counter-terrorism" dan pertukaran latihan.

"Kerjasama erat ini mencerminkan komitmen Khalid untuk bekerjasama secara lebih rapat dengan Singapura mengenai isu-isu kepentingan bersama kedua-dua negara.

"Kepimpinan dan usaha Khalid adalah penting kepada usaha bersama kita mengekang keganasan dan jenayah rentas sempadan di rantau ini.

"Hubungan dan kerjasama antara kedua-dua pasukan polis adalah amat penting demi keselamatan kedua-dua negara," kata Suruhanjaya Tinggi sambil menegaskan bahawa Khalid memainkan peranan penting dalam usaha itu.

Khalid, yang dilahirkan pada 5 September 1957, mula berkhidmat dengan PDRM pada  1976.

Beliau kemudian dinaikkan pangkat dan menyandang pelbagai jawatan penting sebelum dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 17 Mei 2013. - Bernama

1 comment:

  1. Kerjasama erat tapi dok pelik kes bersangkutan 1MDB di Singapura dah mula berjalan dan bersabit kesalahan kepada beberapa pemain...MALAYSIA macam mana pulak ekkk???

    2 orang SRC yang GHAIB....,
    2 orang yang sangat di kehendaki BNM....
    beberapa orang dikehendaki SPRM....
    PDRM kata nak siasat selepas PACarimakan Report kata memang ada kes....

    500-600 dulu mungkin orang sebut The Wild West (tidak ada ADAT, UNDANG UNDANG, dan sebagai nya)...tapi macam THE WILD EAST IN MALAYSIA nih lebih 'WILD' lah....walaupun dikenali sebagai negara ISLAM!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com