innity

pages

Thursday, February 9, 2017

'KITA PERLUKAN ORANG SEPERTI JAMAL' - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan.


SELAYANG - “Kita perlukan orang seperti (Datuk Seri) Jamal Yunos bagi mewakili silent majority,” ulas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan.

Sohaimi berkata, isu rumah urut dan pusat judi yang disampaikan secara kreatif dan sindiran adalah satu tindakan berani.

Menurutnya, beliau yakin ramai yang menyokong tindakan Jamal dalam menegur kegiatan tersebut yang dilihat semakin membimbangkan di Selangor.


“Jamal berani dan konsisten. Kerajaan negeri seharusnya menerima teguran tersebut walaupun ia dibuat secara simbolik dan bukan mempolitikkannya,” katanya ketika pada program Ziarah Kasih anjuran Yayasan Jamin di Apartmen Nuri di Bukit Idaman.

Jelasnya, beliau berharap keputusan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar untuk melepaskan semua jawatan disandangnya dapat dikaji semula.


“Beliau bukan hanya mewakili suara politik sebaliknya sebagai pertubuhan bukan kerajaan dan orang ramai.

“Luahan Jamal untuk lepaskan jawatan adalah klimaks kepada perjuangannya selepas isu yang dibawa tidak menerima maklum balas daripada pihak kerajaan negeri.

“Tak perlu kita persoalkan tindakannya kerana itu adalah caranya dalam menyampaikan keluhan rakyat,” katanya.


Dalam perkembangan lain, Sohaimi yang juga Pengerusi Yayasan Jamin berkata, program bertemu rakyat itu adalah peluang kepada masyarakat menyalurkan aduan setempat terus kepada yayasan itu.

“Mungkin mereka ada masalah tapi tak tahu caranya jadi bila kita turun padang ini saluran bantuan bersesuaian disyorkan.

“Kita ada letakkan sasaran dan selain ziarah, program bersesuaian turut disusun dalam usaha menyalurkan bantuan,” katanya.


6 comments:

  1. Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan.

    Bela bangsa, agama dan negara???????

    he can go to hell in the next pru14

    ReplyDelete
  2. Cuma orang gila perlukan orang gila
    Rakyat mau hidup aman.
    Tak mau orang gila.
    Duduk zoo lg baik.

    ReplyDelete
  3. Sohaimi ni keturunan gila sewel jugak

    ReplyDelete
  4. Sohaimi ni gila sewel jugak

    ReplyDelete
  5. 'KITA PERLUKAN ORANG SEPERTI JAMAL'...bagitahu sikit siapa "kita" sebenarnya?

    ReplyDelete
  6. Hanya Dap yang anti-Melayu dan orang Melayu yang makan dedak yang diberikan oleh taukeh-taukeh pelacuran, judi dan arak yang marah kepada DS Jamal. Silent majoriti orang Melayu menyokongnya 100%

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com