innity

pages

Tuesday, February 28, 2017

[KITA NAIK 20 SEN DAH RIUH RENDAH] Di Arab Saudi minyak naik 50%, kata Najib



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini membandingkan kadar kenaikan harga minyak negara ini dengan Arab Saudi.
Beliau berkata demikian ketika menjawab kritikan yang dilemparkan terhadap kerajaan walaupun kenaikan cuma berlaku sekitar 10sen atau 20sen.
“Saya nak beritahu harga minyak di Arab Saudi naik 50 peratus, kita di sini riuh rendah kalau naik 10 sen, 20 sen, tapi di Arab Saudi dah naik 50 peratus.
“Ini semua memaklumkan tuan-tuan puan-puan, janganlah kita kelirukan rakyat atau hasut rakyat sebab setiap langkah yang dibuat kerajaan bertujuan untuk kepentingan jangka panjang dan pendek kita,” katanya di ibu negara hari ini.
Awal bulan lalu Facebook Najib diserang mesej “20¢” selepas kerajaan menaikkan harga minyak RON95 dan RON97 sebanyak 20sen.
Pengguna Internet yang tidak puas hati dengan langkah itu mengambil kesempatan menulis status “20¢” di bahagian komen setiap tulisan dan pautan yang dikongsi beliau.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al Saud tiba untuk lawatan empat hari di negara ini semalam.
Arab Saudi kali terakhir dilapor menaikkan harga minyaknya pada 28 Disember 2015.

RON91 naik 20sen dari 0.45 riyal kepada 0.75 riyal manakala RON95 pula naik 30 sen dari 0.6 riyal kepada 0.9 riyal.

10 comments:

  1. kalau macam tu naikkan je sampai 50% ikut arab saudi..

    ReplyDelete
  2. O.75 riyal? Lagi murah dari makan nasi 2riyal. Nasi kat sana lagi mahal dr roti. Patutla depa nak bagi brim. Brim depa bukan utk pilihanraya sebab xdak pilihanraya pun. Brim depa utk bagi pak arab merasa makan nasi melayu kut.

    ReplyDelete
  3. Itu komen seorang PM yg takda kelas. Cari alasan utk meneruskan niat menyusahkan Rakyat. Sepatutnya bising pasal projek dan.programm memulihkan nilai duit, membuat program pembangunan ekonomi.

    Bukan program pinjam duit, gst, kenaikan ini dan itu.

    Mana boleh samakan harga minyak naik Arab Saudi. Berapakah gaji rakyat saudi purata? Adakah minyak naik menyusahkan rakyat Saudi? Adakah nilai matawang Saudi

    ReplyDelete
  4. Satu Riyal tu sama dengan RM1 ke? Teruklah mereka di Arab Saudi yang kena bayar 0.75 riyal dan 0.9 riyal!

    ReplyDelete
  5. cuba la nekkan 50%....kompem rakyat malaysia diam nyer....tgu pru je nk diamkn BE END nie..

    ReplyDelete
  6. Biorle nak kata mendea..yang penting pribumi warisan harapan menang pru14..kerajaan baru malaysia..hapus sultan..

    ReplyDelete
  7. Huk ala.. seliter kat saudi ada la dlm singgit duit kita. Dia ni x penah mikir bila keluarkan statement. Dulu kangkung.. la ni minyak pulak. Sat lg mlm nanti naik lg 20 sen.. poyo je

    ReplyDelete
  8. Bila dah asyik sangat menipu,apa yang keluar dari mulut pun banyak yang merapu..penipu dan merapu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com