innity

pages

Monday, February 6, 2017

Ketua UMNO Bhg. Pasir Mas, Dato' Hanafi SAHKAN AJK Bhg UMNO LETAK JAWATAN, KELUAR PARTI

Hanapi Mamat

KUALA LUMPUR – Keluar dan masuk parti adalah perkara biasa serta pernah berlaku sebelum ini, kata Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Dato' Hanapi Mamat merujuk tindakan seorang Ahli Jawatankuasanya letak jawatan dan keluar parti.
Menurutnya, UMNO Bahagian itu menerima seadanya setiap keputusan ahli jawatankuasa dan tidak ada masalah bagi parti kerana kepentingan rakyat adalah agenda utama untuk diperjuangkan.
“Kita terima seadanya. Tidak ada masalah. Keluar dan masuk parti adalah perkara biasa dan pernah berlaku sebelum ini. Kita menghormati keputusan itu.
“Bertukar juga sering berlaku. Tun Dr. Mahathir (Mohamed) dua kali keluar UMNO, Datuk Ibrahim Ali (bekas Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas) sampai empat kali keluar, begitu juga Datuk Zaid Ibrahim tiga kali keluar masuk parti,” katanya kepada MalaysiaGazette menerusi aplikasi Whatsapp hari ini.
Semalam, seorang AJK UMNO Bahagian itu, Anuwar Hamzah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa dan serentak itu juga keluar dari parti.
Anuwar, 52, yang memegang jawatan itu sejak 2008 membuat keputusan demikian kerana kecewa dengan keadaan politik hari ini yang bercelaru dan memalukan.
Menurut Hanapi yang juga Setiausaha UMNO Kelantan, hanya yang istiqamah dan setia dengan UMNO akan melihat keikhlasan perjuangan.
“Saya harap ahli-ahli lain kekal dengan perjuangan murni ini. Pemimpin tak mungkin kekal, tetapi UMNO perlu dipertahankan untuk kekal membela Islam dan bangsa Melayu,” katanya. – MalaysiaGazette

6 comments:

  1. Alhamdullillah.
    Satu keputusan yg tepat agar tidak bersekongkol dgn kemungkaran bertopengkan melayu dan Islam.

    ReplyDelete
  2. UMNO perlu dipertahankan untuk kekal membela Islam dan bangsa Melayu.

    Ini tidak lagi benar.

    Umno sekarang membela orang muslim yang melakukan kemungkaran. Ialam melarang lakukan kemungkaran. Jelas bukan membela islam.

    Umno tidsk membrla bangsa melayu. Yang mereka buat adalah bangsatkan dan maruah digadai.

    Agama dan bangsa bukan agenda pembelaan. Agama dilacurka, bangsa dibodohkan

    Wallahuaklam

    ReplyDelete
  3. Malang sungguh UMNO tak lagi perduli agenda pertahan hak melayi dan Islam. Malang juga yg nak menggantikan UMNO pun dua kali lima. Nak juga guna DAP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanah rezab melayu dh tinggal 12 % dap jual?

      Delete
    2. berapa byk tanah kita kerajaan jual kat china?

      Delete
  4. Keluar parti....hak individu..umno perlu betlapang dada dan positif sbb kurang seorang yg politikal will...umno bertambah baik dikalangan mereka yg punyai wawasan parti....its a good sign for umno..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com