innity

pages

Thursday, February 16, 2017

KES BUNUH KIM JONG NAM...SIAPA PULAK SITI AISHAH NI???


KES BUNUH KIM JONG NAM...SIAPA PULAK SITI AISHAH NI???

JENG! JENG! JENG!....Aku dah kata kes ini pasti akan jadi 'menarik'. Terbaru, misteri pembunuhan melibatkan abang tiri pemimpin Korea Utara di KLIA itu memasuki episod yang makin mendebarkan!

Seorang lagi wanita berjaya ditahan - kali ini pemegang pasport Indonesia pula.

NAMANYA SITI AISHAH!

Siapa pula Siti Aishah ni???

Jika semalam wanita pemegang pasport Vietnam ditahan, kini pemegang pasport warga Indonesia pula

INI BETUL-BETUL DAH MACAM DALAM FILEM BEB!

BERI RUANG PADA PDRM, INI BUKAN KES BIASA!

Kes pembunuhan Kim Jong Nam bukan kes biasa. 

Pembunuhan yang dilakukan seorang perisik bukan kes biasa. Kematian abang tiri kepada pemimpin tertinggi negara luar akibat dibunuh dalam Malaysia, bukan kes biasa-biasa.

Proses siasatannya sudah tentu memerlukan ketelitian apatah lagi ia cukup sensitif kerana melibatkan hubungan Malaysia dengan negara luar.

Pun begitu kita perlu SALUTE kepada Bukit Aman kerana pantas mengatur gerak para pegawai dan detektif mereka sehingga berjaya menangkap suspek kejadian ini.

Persoalannya adakah suspek ini bertindak sendiri atau berkumpulan? Adakah pembunuhan ini telah dirancang atau ia dibuat setelah mendapat arahan individu tertentu? Adakah itu, adakah ini?

Ada 1,001 perkara yang perlu diambil kira dan dikaji dalam usaha menyiapkan kertas siasatan kes tersebut.

Beri peluang dan ruang untuk PDRM menyiasat dan seterusnya mengheret pelaku serta dalang kes ini ke muka pengadilan. Aku pasti, pasukan khas sudah ditubuhkan untuk mencari mereka hingga ke lubang cacing.

All the best PDRM, kasi hentam satu kali!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com