innity

pages

Sunday, February 5, 2017

[KERJASAMA PAS-PPBM] Datuk Mustafa Ali:PAS Pusat mungkin bermesyuarat sebelum 18 Februari


5 FEB : Jawatankuasa PAS Pusat berkemungkinan akan bermesyuarat sebelum Himpunan RUU 355 pada 18 Februari ini untuk mencapai pendirian berhubung kerjasama partinya dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali bagaimanapun berkata, sebarang tarikh bermesyuarat akan diumumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.
“Mungkin sebelum (Himpunan 355), barangkali. Namun kita kena tunggu tarikh daripada Setiausaha Agung.
“Ia (mesyuarat) mesti diadakan bulan ini,” katanya kepada portal atas talian Antarapos, hari ini.
Rabu lalu, PAS dan PPBM mengadakan mesyuarat secara rahsia di ibu negara bagi merintis jalan ke arah kerjasama antara kedua-dua parti.
Mesyuarat itu menghasilkan draf kerjasama yang akan diperincikan oleh kedua-dua pihak untuk ditandatangani oleh Presiden kedua-dua parti pada satu tarikh terdekat.
Pada mesyuarat itu juga kedua-dua parti turut membentuk jawatankuasa teknikal bersama untuk mengambil tindakan susulan atas keputusan yang dipersetujui.
Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataannya menjangkakan jalan kerjasama antara partinya dengan PAS akan merintis usaha ke arah penyatuan parti-parti pembangkang yang lebih kukuh bagi menghadapi Barisan Nasional (BN).
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula menyifatkan mesyuarat di antara dua parti itu pada Rabu lalu sebagai pertemuan ‘biasa’ atas permintaan PPBM, dan bukan perundingan khusus.
Malah beliau berkata mesyuarat berkenaan belum lagi membawa ke arah kerjasama PAS-PPBM.
Diajukan hal itu, Mustafa menjelaskan kenyataan Hadi mungkin disalah tafsir sesetengah pihak, sedangkan pemimpin partinya itu mahu sebarang keputusan yang bakal dicapai PAS perlu dibincang secara mendalam menerusi mesyuarat parti.
“Media yang sebut begitu. Hadi tak sebut begitu.
“Hadi tahu, cuma keputusan itu akan dibawa ke pimpinan tertinggi,” kata Mustafa.
Sebagaimana ditegaskan berulang kali, Hadi dalam kenyataan terbaru itu turut menyebut PAS tidak akan bekerjasama dengan parti yang mempunyai hubungan dengan DAP dan Amanah.
Beberapa pemimpin PAS, termasuk Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan menyifatkan kerjasama PAS-PPBM masih belum muktamad dan masih berada di peringkat perbincangan.
Manakala Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki pula menyifatkan jalan ke arah kerjasama PAS-PPBM masih jauh, kerana apa jua bentuk cadangan perlu terlebih dulu diteliti Jawatankuasa PAS Pusat sebelum dibawa ke majlis syura ulama (MSU). - BNBBC

3 comments:

  1. Satu perkara yg pasti adalah parti PAS perlu berbincang dgn lain2 parti pembangkang untuk mencari kata muafakat, ketetapan dan tidak boleh bertindak syok sendiri membuat sebarang keputusan.

    Walau apa pun kelihatannya adalah mereka tidak akan bergabung dengan lain2 parti pembangkang.

    1.Bon Voyage PAS.

    2.Parti pembangkang perlu melipat gandakan usaha mereka tanpa penglibatan parti PAS.

    3.Kita perlukan TIGA kali usaha untuk memenangi hati rakyat.!

    4.mulakan dengan ibu bapa kita, adik beradik keluarga dan saudara mara!

    5.lakukan dengan penuh adab berhemah dan bersopan santun dan berikan fakta2 seperti berikut:

    6.Brim akan diteruskan malah ditambah baik dan GST dihapuskan.

    7.jaminan datang dari Tun dr mahathir yg telah terbukti kepimpinannya.

    8.Tujuan utama kita mengundi parti pembangkang adalah untuk menyelamatkan negara dari penyamun no 1 dan pendedak2 seterusnya menghumban mereka2 ini ke DALAM JAIL!

    9.Demi maruah, agama, bangsa, tanahair dan masa depan anak2 kita!

    INI KALI LAH!!!

    ReplyDelete
  2. “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berjuang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.” (QS Ash Shaff 4)

    Bermuafakat dan berbincanglah wahai parti pembangkang sekalian.

    Jika korang nak hentak meja, baling kerusi dan bertumbuk sekalipun, lakukan di mesyuarat dan majlis tertutup tanpa pengetahuan rakyat!

    Jangan berpecah belah dan sekiranya PAS masih berkeras mahu menjadi peneraju memimpin parti prmbangkang tanpa berunding berunding dengan parti lain, maka lupakan sahaja parti PAS ini.

    Benar atau tidak Hj Hadi ada menerima habuan 90 juta tunai dari bijan?

    Berkata benarlah wahai hj hadi dan saman media jika mereka mengeluarkan fitnah ini.

    ReplyDelete
  3. PAS cuma nak pertahankan kelantan jer. Xguna nak bicang2. PAS semakin risau BN semakin mendapat sambutan di kelantan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com