innity

pages

Tuesday, February 7, 2017

[SESUAI DAH] Aktivis liberal, Zaid Ibrahim masuk DAP


10 Jamadilawal 1438H, Selasa – Aktivis liberal, Datuk Zaid Ibrahim hari ini mengumumkan penyertaannya dalam parti rasis dan cauvinis, DAP.
Pengumuman itu dibuat dalam satu sidang media di kediamannya, sebentar tadi.
Turut serta Pengerusi DAP Tan Kok Wai, pemimpin supremo DAP, Lim Kit Siang dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tun Dr Mahathir Mohamad.
Parti DAP merupakan parti ketiga Zaid dalam arena politik sejak meninggalkan UMNO pada tahun 2008.
Beliau pernah menyertai PKR pada Jun 2009 tetapi meninggalkan parti itu pada November 2010 atas alasan tidak berpuas hati dengan penipuan yang menyaksikan Datuk Seri Amin Ali dipilih sebagai timbalan presiden.
Bagaimanapun, beliau menghidupkan semula sebuah parti kecil yang dinamakan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) sebelum mengumumkan persaraan daripada dunia politik pada 2013. - ismaweb

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com