innity

pages

Sunday, February 5, 2017

JUAL TERUS JUAL, kali ni PROTON bakal jadi PLOTON??

Trend menjual, menjual dan menjual kepada China nampaknya berterusan lagi. Setelah sekian banyak diserahkah kepada negara tersebut, kini kita dikejutkan lagi dengan berita syarikat kereta nasional, Proton juga mahu dijual kepada mereka.

Kali ini, syarikat pembuat kereta China, Geely dikhabarkan akan membeli 51 peratus pegangan dalam kilang pembuatan Proton di Tanjung Malim yang sebelum ini menjadi kebanggaan negara kerana kemampuan membinanya tanpa berhutang dengan sesiapa.

Dengan kata lain, kilang itu dibina dengan wang tunai milik Proton sendiri

Mahu tidak mahu dan walaupun cuba disembunyikan daripada orang-orang kampung serta makcik Felda, hakikatnya, inilah satu lagi bahana 1MDB yang menimpa kita.

Disebabkan hutang yang terlalu tinggi, tidak mampu membayarnya serta terdesak ingin mengambusnya sebelum tiba tarikh pilihanraya, maka cara mudahnya  ialah dengan pemimpin kita menukar gelaran mereka lebih kepada "jurujual".

Sebab itulah, berita mengenai Proton ini tidak akan dijumpai dalam Utusan dan TV3. Kalau boleh biar orang kampung dan makcik Felda tidak tahu mengenainya.
Apabila China sudah menguasai 51 peratus pemilikan Proton, apakah nasib vendor-vendor Bumiputera yang selama ini "cari makan" di situ?

Mampukah mereka terus bersaing dengan vendor-vendor daripada China yang tentu lebih murah harganya?

Adakah juga kilang itu nanti, daripada memasang  dan mengeluarkan model kereta sendiri, akan bertukar menjadi tempat untuk hanya pasang pintu, bonet, cermin dan lain-lain model Geely daripada China?

Maka, apa jadi kepada Proton akhirnya?

Proton jadilah  Ploton jawabnya!!! 

(http://shahbudindotcom.blogspot.my/ 04/02/2017).

10 comments:

  1. Pengumuman jualan.
    Harta : sebuah jamban.
    Lokasi : belakang rumah.
    Harga : yg paling tinggi.

    ReplyDelete
  2. Buat demo lah depan pejabat tan sri syed bukhari..

    ReplyDelete
  3. Isu kononnya kerajaan hendak menggadaikan Proton kepada syarikat luar, terutamanya kepada China sebenarnya tidak timbul dan berniat jahat memburukkan kerajaan kerana Proton kini bukan lagi milik kerajaan dan keputusan ini dibuat oleh Proton sendiri yang merupakan syarikat swasta. Manakala cadangan untuk mencari rakan strategik Proton untuk menggunakan kilang mereka di Tanjung Malim secara bersama telah lama dibuat iaitu pada tahun 2011 lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. DEDAK DEDAK DEDAK!!!!

      Delete
  4. Hehehe. . .
    Pengerusi proton boleh pulak kerajaan lantik?
    Siapa yg jahat?
    Hehehe. ...kah kah kah. . .hu hu hu. .
    6% ini mcm ka ?

    ReplyDelete
  5. 7.24
    mabuk ketum... tak faham lansung...

    ReplyDelete
  6. Takder masalah jika proton nak cari rakan usahasama dengan syarikat luar, malahan syarikat luar seperti WV, peugot, suzuki, mitsubishi yg terkenal dengan mutu, kualiti dan inovasi, pernah menawarkan kerjasama syarikat mereka.

    Persoalannya,

    Kenapa memberi syer majoriti 51% sehingga menyebabkan proton kepunyaan rakyat tempatan menjadi minoriti sekaligus tiada hak untuk bersuara?

    Adakah langkah bijan ini bijak? Menjual segala harta negara semata mata untuk menebus hutang atas segala kegiatan jenayah yg telah dilakukannya?

    ReplyDelete
  7. MARI MARI MARIII. .
    ASAL BARANG JADI WANGGG. .
    HA HA HA. . .

    ReplyDelete
  8. Ploton geli perdana, ploton geli iswara, ploton geli saga

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com