innity

pages

Thursday, February 16, 2017

[JUAL PAKEJ DOA] Pengasas Valet Doa Mengaku BUKAN USTAZ, TIDAK DALAMI ILMU AGAMA


VALET_DOA BUKAN BID’AH HASANAH
Oleh : Ustaz Abu Syafiq

1- Saya ditanya oleh ramai kenalan pasal page Facebook Valet_Doa yang menawarkan Pakej-pakej berdoa hajat masing-masing di Mekah dengan bayaran.

2- Tanpa terburu-buru saya terus hubungi Hj Arin (pengasas valet_doa) untuk mendapatkan kepastian. Bertanyakan pasal pakej dan akhirnya saya dapati banyak yang tidak kena dengan pakejnya.

Saya cakap cara baik tidak perli2 atau maki2. Ini kerana dia sendiri mengaku tidak dalami ilmu agama dan bukan seorang ustaz hanya seorang bergelar Haji sahaja.

Maka terdedah ia kpd kesalahan agama itu melebihi dari yang mengetahui.

Kerana itu perlu ada ilmu agama yg benar dari fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah hakiki pabila mahu mengaitkan sesuatu dengan agama.

3- Doa adalah sesuatu yang tidak boleh dijual-beli dan tidak patut kita menggalakkan masyarakat kearah itu.

4- Valet_Doa mendakwa apabila anda membayar pakej doanya maka doa anda CONFIRM CEPAT MAKBUL.

Ini kesalahan yang jelas bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

5- Valet_Doa juga mengatakan wang Pakej Doa akan dikembalikan jika doa tidak makbul. Ini bererti ia sesuatu perniagaan dan bukan satu tabarru’ atau pemberian ikhlas pada pakejnya.

6- Hj Arin sendiri menyatakan kepada saya bahaya memang dia lakukan ini untuk mendapat keuntungan wang beberapa persen dari bayaran pakej doanya.

7- Ini bukan Bid’ah Hasanah yang dipegang oleh ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah Al-Asya’irah & Al-Maturidiyah tetapi ini adalah Kemungkaran yang bertujuan mengambil untung duniawi secara langsung dari agama Islam tanpa keizinan syarak.

Alhamdulillah ulama-ulama kita ASWJ telah membahagikan bid’ah itu kepada Bid’ah yang baik iaitu Bid’ah Hasanah dan satu lagi Bid’ah Sayyiyah iaitu Bid’ah yang buruk.

Ini adalah contoh Bid’ah yang buruk (Valet_Doa adalah Bid’ah Sayyiah).

8- Rasulullah shollahu ‘alaihi wasallam apabila berpesan kepada saidina Umar jika beliau bertemu dengan Uwais Al-Qarni maka mohonlah agar dia mendoakan untuk saidina Umar kemudian orang lain pula dan seterusnya orang lain pula datang mohon didoakan. Namun Saidina Uwais yang mustajab doanya tidak mengsyaratkan bayaran atas doanya. Doakanlah untuk saudara Islam kita dengan ikhlas dan bersungguh2 kerana kamu mendoakan saudara kamu tanpa dia mengetahui kamu doakan untuk dia itu dinaskan ia mustajab.

9- Kepada semua netizen tidak perlu menghina memaki mengutuk habis-habisan tuan Hj Arin tetapi nasihatlah dengan baik kerana bagi saya mungkin dia seorang yang tidak keras kepala sedia menerima teguran tidak seperti kebiasaan Syiah & Wahabi yang kelihatan susah menerima nasihat.

10- Jika anda ada hajat atau permintaan dari Allah. Segera atau tidak. Bangunlah ditengah malam. Berdoalah ketika itu. Bukan kerana Allah turun seperti makhluk pada satu pertiga malam tetapi waktu itu doa adalah mustajab.

- Ustaz Abu Syafiq

2 comments:

  1. Pas blh jual ugama mengapa org lain tak blh?

    ReplyDelete
  2. Bila berhujah pastikan berilmu dengan baik...xkira siapa, bila tiada ilmu.maka hujahnya akan jadi tunggang lagi lagi menyesatkan.so,kalau kau kata pas jual agama,berapa keuntungan yang pas dapat hasil dr jualannya itu sedangkan umum yg sy ketahui mereka sentiasa berusaha ke arah melakukan kebaikan dan menegakkan syariat malahan menentang habis habisan undang undang yg tidak selari dgn syariah islam...jd boleh nyatakan apa bentuk jualan yg PAS lakukan dan hasil keuntungan yg PAS peroleh dr jualan tersebut...maksud saya dr bentuk brim kah ataupon derma ikhlas masuk ikhlas masuk dlm akaun

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com