innity

pages

Sunday, February 19, 2017

‘Jangan undi Ahli Parlimen tolak RUU355’ - Pengerusi Sekretariat Ummat Menyokong Akta 355


22 Jamadilawal 1438H, Ahad – Pengerusi Sekretariat Ummat menyokong Akta 355 (Ummat), Aminuddin Yahaya menggesa rakyat supaya berhenti daripada mengundi mana-mana Ahli Parlimen yang menolak pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Bercakap pada perhimpunan H355 malam tadi, beliau menegaskan rakyat akan menurunkan mana-mana Ahli Parlimen, tidak kira Melayu mahupun bangsa lain yang menentang pindaan akta itu.
“Kita nak beritahu mesej kepada mereka (Ahli Parlimen), sama ada Melayu dan bukan Melayu bahawa di sini dan di luar sana, terdapat ratusan ribu yang merupakan pengundi kamu.
“Jadi, sesiapa Ahli Parlimen yang menentang usul ini pada Mac nanti, kita akan pastikan PRU14 kita turunkan dia,” katanya.
Beliau yang juga Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, turut meluahkan kebimbangan terhadap laporan yang dikeluarkan oleh sebuah kementerian mengenai jumlah kelahiran anak luar nikah sejak 10 tahun lalu.
Sepanjang 10 tahun lepas, dari 2005 hingga 2015, sekurang-kurangnya 500,000 anak luar nikah dilahirkan. Ia bermakna, jika 10 tahun lepas jumlah sebanyak 500,000, maka 10 tahun akan datang kita akan ada sejuta anak luar nikah.
“Sebagai umat Islam, kita bukan sahaja percaya hukum-hukum Allah. Kita juga percaya jika kita biarkan maksiat berleluasa maka ia hanya akan mengundang bala Allah SWT tidak kira sama ada beriman atau tidak, maka kami kamu semua akan ditimpa bala Allah SWT,” katanya.
Mengulas lanjut Aminuddin turut berkongsi pengalaman beliau bersama beberapa NGO lain berceramah bagi menjelaskan pindaan RUU355 di kawasan Parlimen Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai di Bentong.
Punyalah dia takut, kami berceramah 60 orang hadir, tapi dia hantar 100 lebih fru dan anggota polis. Hari esok kami mahu berceramah, hari ini dia kumpulkan seribu orang Cina supaya bantah RUU355.
“Punyalah takut, kenapa? Kerana mereka tidak mahu orang bukan Islam faham isu ini, kerana jika mereka faham pasti mereka akan menyokong RUU355,” katanya.
Beliau menyeru rakyat khususnya umat Islam supaya tidak berhenti menyokong pindaan akta berkenaan sehingga ia diluluskan di Parlimen, bulan depan.

9 comments:

  1. Aminudin Yahya,

    A fool is always a fool. No wonder muslims have lost respect because of muslims like you have low IQ.

    We muslims in savah and sarawak do not recognise and support ruu355. Simple we read al quran like you do but could not find one. What we can find is a proof that ruu355 is CREATED BY PAS AND NOW HIJACKED BY UMNO IN THE NAME OF POLITICS. We muslims in east malaysia read and understand the quran and thats why umno and pas will neverbe allowed to enter. For sabah, they have learnt their lessons pretty well.

    In sarawak or sabah those MPs who SUPPORT ruu355 will lose their seats.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Because people like you in Sabah and Sarawak these two states soon will ruin. Why? because you has small brain. You prefer your people free to do what ever they like because you stand in the name of freedom. Because your mind set was westernize kind of freedom. You worship western life. Western system.

      But we are better we worship god"s system and we prevent people from going near wrongdoings. its like deseases. so RUU355 is preventive medicine for muslim. Avoiding and prevention better than cure.

      Delete
    2. Which god system....kafirkan sesama muslim?

      Do you know you do more wrongdoings than us in east malaysia?

      RUU355 is man made laws by pas hijacked by umno. Where in the quran it says so....i challenge you. If ypu fail to teond, it is true you are sesat

      Delete
  2. Aku akan undi PH.ABUP.

    ReplyDelete
  3. http://www.ismaweb.net/2017/02/ruu-355-wakil-penganut-hindu-gesa-hormati-undang-undang-hak-umat-islam/

    wakil penganut hindu pun mintak hormat undang2 hak orang islam...malu la weeeiiii... barua barua mamak bangnon pluralist syiah.. bawak2 la bertaubat...

    INI KALILAH UBAH.....!!!!

    ReplyDelete
  4. Pohdah....salah silap yang menyokong yang kena tendang. Rasuah yang terang2 korang semua buta sekarang nak cakap RUU. Rasuah Untuk Umum adalah. Susah kalau agama dipolitikan. Buka mata luas2 kat dunia nie. Patut lah Pak Pandir bawa pulang kambing untuk membacakan doa dirumah. Rupanya ada sinis yang banyak orang yang tidak mahu mengerti dalam lawak yang mashor ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangang, rasuah pun kami tentang yang tak setuju RUU355 pun kami akan lawan. Kami tak akan undi. Kasi ajar dgn pemimpin yg tak hormat hak orang Islam.

      Delete
    2. Istilah Tak Hormat Orang Islam salah. Istilah sepatut tak hormat orang islam sendiri yang yak hormat islam. Think and reflect.

      Respect is to be earned,NOT IMPOSED.

      Delete
  5. Sdra aminudin.

    Bacalah berita yang diperkatakan oleh dr asri....moga anda berfikiran terbuka, berealiti, berfakta dan berkebenaran.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com