innity

pages

Monday, February 6, 2017

Jamal letak jawatan Ketua UMNO Sungai Besar


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar serta semua jawatan dalam badan bukan kerajaan (NGO) yang disandang beliau. 

Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia (GNGMM) itu membuat pengumuman selepas dibebaskan bersama sembilan tahanan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada kira-kira jam 7 malam ini. 

Video pengumuman peletakan jawatan beliau berdurasi 1.21 minit turut dimuat naik di laman Facebook rasmi beliau sebentar tadi. 

Khamis lalu, Jamal ditahan di kediamannya dan ditahan reman lima hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan berhubung serbuan ke atas beberapa premis yang disyaki menjalankan kegiatan perjudian di sekitar Selangor. 

Pada Disember tahun lalu, Jamal bersama beberapa yang lain 'menyerbu' beberapa premis berkenaan di Ampang, Selangor. - BERNAMA

4 comments:

  1. Tau takut jugak dia ni ye?

    ReplyDelete
  2. Dia ni patut duduk dlm zoo.

    ReplyDelete
  3. Mungkin resign sekejap aja kot? Tambah dedak sikit OK la tu !

    ReplyDelete
  4. Ya Allah ..sedihnya aku. UMNO kehilangan pemimpin yg berwibawa dan berani. Kita berharap pahlawan jamal akan berjaya jadi pengusaha kedai judi haram yg tersohor di malaya. Semoga kekebalan yg dimahu menjadi kenyataan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com