innity

pages

Friday, February 10, 2017

[ISU MENTERI LETAK JAWATAN] Memanglah PM akan nafi, kata Azmin


Tunggu dan lihat - itu janji Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali, selepas perdana menteri menganggapnya berbohong dalam dakwaan peletakan jawatan seorang menteri kanan kabinet.
Ditemui media sebentar tadi, Azmin berkata, tidak mengejutkan apabila Datuk Seri Najib Razak menafikan ada anggota kabinetnya akan meletak jawatan.
Kata Azmin, maklumat mengenai peletakan jawatan itu disampaikan orang terbabit sendiri kepadanya baru-baru ini.
"Maklumat itu (datang) terus daripada orang yang berkenaan.
"Tunggu, kita akan umumkan," kata Azmin.
Timbalan presiden PKR itu bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam amal Jaksa Pendamai (JP) Selangor di Klang, malam ini.
Turut hadir, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
"Beliau (perdana menteri) memang perlu menafikannya," kata beliau.
Petang tadi Azmin membayangkan mengenai peletakan seorang menteri daripada kabinet Najib melalui catatan di Twitter.
Bagaimanapun ADUN Bukit Antarabangsa itu tidak memberikan sebarang bayangan mengenai identiti tokoh terbabit kecuali menyatakan dia adalah seorang menteri kanan.
Malam ini Najib menafikan ada menteri memaklumkan kepada beliau mahu meletak jawatan. Justeru, kata perdana menteri, beliau menganggap Azmin berbohong, kecuali menteri besar Selangor itu menyatakan nama menteri yang dimaksudkan.
Kenyataan Azmin malam ini sebaliknya menguatkan lagi khabar angin mengenai peletakan jawatan tersebut. Tambahan pula penegasan dibuat beliau bahawa maklumat berkenaan disampaikan terus kepadanya.
Setakat ini tidak dapat dipastikan mengapa peletakan jawatan itu akan diumumkan oleh pihak Azmin, kecuali - jika peletakan jawatan itu benar-benar berlaku - menteri terbabit memutuskan untuk menyertai pembangkang. - MK

2 comments:

  1. 1. Will not be from sarawak because there is no umno

    2. Unlikely from sabah because there are too many already being muted, plugged and blinded

    3. It has to be from umno malaya.

    4. Which state has most senior minister?

    5. Among the many, which of these umno senior minister is the least in terms of attacking TDM?

    THINK AND REFLECT....INSYAALLAH YOU MAY SEE ONE...

    wallahuaklam

    ReplyDelete
  2. Mostapha Mohamad dari kelantan???? Just wild guess. If true, alhamdulillah

    - failure of TPPA
    - PROTON to be to china

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com