innity

pages

Thursday, February 9, 2017

ISMA Desak Batalkan program lucah Supermodel Int. M'sia 2017 Bikini Photograph Contest di Bangi


11 Jamadilawal 1438H, Rabu – Yang Di-Pertua Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Daerah Hulu Langat, Mohd Noor Azib Asmangi menyifatkan penganjuran program Supermodel International Malaysia 2017 – Bikini Photograph Contest (BPC) yang bakal berlangsung pada 19 Februari di Bangi, Selangor ini sebagai mencabar sensitiviti penduduk Bangi yang majoritinya beragama Islam.
Malah, beliau yang kesal dengan penganjuran itu berkata, pihak penganjur bersikap tidak sensitif terhadap sentimen umat Islam khususnya di Bandar Baru Bangi yang mana menerapkan aspek ‘Bangi Bandar Berilmu’ dan menjadikan kehidupan Islam sebagai teras kepada penduduknya.
“Program seperti ini perlu dibatalkan sebagai menghormati penduduk yang majoritinya ialah Melayu Islam.
“Pihak Isma sendiri menolak sekeras-kerasnya penganjuran program yang tidak memberi manfaat kepada umat Islam sebegini dan yang mempromosikan program-program yang berbentuk sosial serta tidak bermoral secara terbuka begini,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.
Sehubungan itu, Azib menggesa penduduk bersama-sama Isma DHL menolak dan membantah program berkenaan daripada dianjurkan.
“Jadi, kita menyarankan penduduk menolak dan membantah program sebegini dianjurkan di Bangi.
“Kami akan berhubung dengan persatuan penduduk Bandar Baru Bangi untuk membincangkan bagi mengeluarkan petisyen bantahan bersama,” katanya.
Sejak semalam, tersebar di internet poster program tersebut yang dianjurkan oleh syarikat penganjuran acara, I Creative Event Sdn Bhd dan mendapat bantahan netizen.
Pihaknya merancang untuk mengadakan pertandingan sesi penggambaran berbikini bertempat di Taman Tema Air dan Resort Bangi Wonderland yang terletak di Bangi Avenue.
Pemenang pertandingan sesi penggambaran tersebut dinyatakan akan memenangi wang berjumlah RM 500, trofi dan tiket ke makan malam gala program itu yang mana tiketnya bermula pada harga RM 300 seorang dan mencecah sehingga RM 10,000 bagi sebuah meja platinum. - ismaweb

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com