innity

pages

Saturday, February 4, 2017

[IDEA JADIKAN P.P WILAYAH PERSEKUTUAN]Kerana P Pinang abai orang Melayu, kata Tengku Adnan

PUTRAJAYA: Hasrat Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk menjadikan Pulau Pinang sebahagian Wilayah Persekutuan bermatlamat untuk memastikan negeri itu mendapat limpahan pembangunan yang sama rata.
Tengku Adnan berkata idea yang dilontarkan beliau itu bukanlah berniat mahu meluaskan kuasa ke negeri itu, sebaliknya disebabkan keprihatinan beliau terhadap nasib Melayu di sana.
“Apa yang berlaku di Pulau Pinang kita tahu, dia (kerajaan negeri) tidak pedulikan orang Melayu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Khatam al-Quran Wilayah Persekutuan 2017 di sini hari ini.
Beliau berkata sekiranya perkara itu dapat direalisasikan, kerajaan pusat akan memastikan bahawa cara pembangunan di Pulau Pinang adalah untuk semua dan bukanlah untuk satu-satu kaum sahaja.
“Kita akan mentadbir daripada peringkat kerajaan pusat seperti di Labuan yang mana kita telah laburkan lebih RM5 bilion sejak dari tarikh kita ambil alih dan kita akan pastikan bahawa cara pembangunan itu untuk semua dan sama rata,” katanya.
“Saya hairan kenapa parti DAP meloncat-loncat dalam isu ini…barangkali mereka tahu yang kita tahu yang mereka tidak melaksana pentadbiran dengan baik di Pulau Pinang,” katanya.
Namun, kata Tengku Adnan, semua itu hanyalah idea daripada beliau sendiri sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan perkara itu memerlukan kertas cadangan, referendum serta persetujuan di peringkat kepimpinan negara.
Jelasnya bukan sahaja di Pulau Pinang, tetapi idea yang sama turut dirasakan bersesuaian di Langkawi, Kedah; Pulau Tioman, Pahang dan sebahagian Melaka. - FMT

2 comments:

  1. Org2 melayu Langkawi, Pulau, Tioman n sebahgian Melaka selama ni tak dpt pentadbiran baik n tak sama rata dari pentadbiran DAP lah ??? Tenku Ciplak ni seorang yg tamak haloba.Terlaku yakin BN akan terus memerintah n beliau akan terus jadi menteri wilayah persekutuan.Ini lah dia DNA Bengali kelahiran melaka n tipu arwah Tengku Panglima Perang Pahang yg dia teuku (tengku?)aceh .

    ReplyDelete
  2. Dah jelik dengar pemimpin Umno sekarang bercakap. Tak ada idea yang bernas yang boleh dibanggakan. Kalau dah sampai tahap "brain dead" atau menopause, resign aje la. Bagi orang lain yang lebih muda yang boleh menyumbang idea baru yang lebih baik. Tak payah nak tipu2 dan cari publisi murah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com