innity

pages

Sunday, February 19, 2017

Hindraf MELAMPAU campuri Islam, ugut saman Mufti Perlis pula


22 Jamadilawal 1438H, Ahad – Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf), semalam mengugut akan memfailkan saman fitnah terhadap kenyataan Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin.
Presidennya, P Waythamoorthy mahu Asri memohon maaf dalam tempoh 5 hari atau tindakan undang-undang akan menyusul.
Waythamoorthy membuat ugutan itu selepas Asri mendakwa, Hindraf terkenal menimbulkan kontroversi perkauman dan sengaja memetik ajaran Zakir Naik di luar konteks.
Asri berkata demikian sebagai mengulas tindakan Waytha yang meminta Amerika Syarikat (AS) mengambil tindakan terhadap Zakir yang dituduhnya menggalakkan keganasan.
“Anda ialah orang yang dihormati dalam masyarakat Islam di Malaysia. Saya tidak patut beri nasihat kepada anda, tetapi apabila anda membuat dakwaan, anda mesti tahu sumber dan fakta anda.
“Mungkin anda tidak memahami bahasa Inggeris dengan baik, jadi sila dapatkan nasihat daripada seseorang yang mampu membaca dan menjelaskan kandungan surat saya kepada setiausaha negara AS.
“Jika anda berfikir anda sudah membuat kesilapan, saya beri anda peluang memohon maaf dalam tempoh 5 hari akan datang. Jika saya tidak mendengar apa-apa daripada anda, saya akan mengarahkan peguam saya mengambil tindakan terhadap anda,” sidang media di ibu pejabat Hindraf.
Waytha mendakwa, ajaran Zakir sentiasa diketahui menggalakkan keganasan, katanya sambil memetik pengeboman Dhaka tahun lalu yang meragut 22 nyawa di Bangladesh.
“Ia terbukti yang individu terbabit dalam pengeboman Dhaka menjadi radikal dan didorong ajaran Zakir,” katanya.
Waytha turut memberi amaran ajaran Zakir bukan sahaja boleh mempengaruhi rakyat Malaysia, tetapi juga ramai warga Bangladesh dan pekerja Indonesia di negara ini.
“Orang-orang ini boleh menjadi radikal disebabkan beliau dan mereka boleh menggalakkan keganasan di Malaysia. Seseorang yang yang menggalakkan keganasan tidak harus dibenarkan berada di Malaysia,” katanya. - ismaweb

4 comments:

  1. Nk saman,samanlah..so what? Stupid indian..

    ReplyDelete
  2. Dia suka saman, nak cari duit free. Dia ada loyar jd modal free kalau menang untung kasi share dgn loyar 50 50.

    Depa ni duri dlm daging kalau dibiarkan pasti sure biak ekstrimis hindu. Kalau nak tau dlm DAP pun ramai ahli indianya yg beridealogi ekstrimis hindu ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sapa yg lantik org hindraf dlm JPM dulu?

      Delete
  3. halau je balik india jika masih terasa sebagai rakyat india. Cuma saya harap kawan2 yang berbangsa india/hindu dapat mengamalkan sikap toleransi yg telah dijalin selama sejak belum merdeka lagi..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com