innity

pages

Friday, February 10, 2017

Hati-hati kaji rayuan iktiraf UEC, kata pendidik

Seorang pendidik mengingatkan kerajaan tidak tergesa-gesa dalam mengkaji rayuan mengiktiraf Sijil Peperiksaaan Bersepadu (UEC) yang dikemukakan Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong).
Zakaria Kasa daripada Majlis Profesor Negara merujuk permintaan Pengerusi Dong Zong, Datuk Vincent Lau Lee Ming.
Beliau bimbang Kementerian Pendidikan mungkin membuat perubahan dasar tanpa menjalankan kajian terperinci dan berhati-hati.
Selasa lalu, Lau berharap kerajaan akan mengiktiraf sijil UEC setaraf dengan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) untuk memudahkan pelajar melanjutkan pengajian ke universiti awam.
Beliau turut meminta pelajar sekolah Cina persendirian dibenarkan menduduki kertas bahasa Malaysia sahaja dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), bukannya semua 6 mata pelajaran wajib untuk mengiktiraf sijil UEC.
Zakaria berkata, kementerian perlu mengambil kira jika ia adalah langkah bijak untuk mengecualikan pelajar UEC daripada menduduki kertas 5 mata pelajaran wajib – bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Sains dan Pendidikan Moral atau Pendidikan Islam.
Katanya, sekurang-kurangnya calon UEC perlu diwajibkan menduduki kertas Sejarah
“Anda tidak boleh mengecualikan Sejarah begitu sahaja. Ia penting untuk pelajar memahami sejarah Malaysia.”
Beliau berkata, ia mungkin munasabah untuk mengecualikan Matematik dan Sains yang disifatkannya “mata pelajaran sejagat”.

2 comments:

  1. Undi punya pasal...peduli apa

    ReplyDelete
  2. Mari kita tunggu dan lihat keberanian dan kebijaksanaan para Menteri kita yang ada membuat keputusan. Kalau betul2 faham Buku Perlembagaan Negara, tak susah mana pun nak buat keputusan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com