innity

pages

Friday, February 3, 2017

Hari ini Umno dan PAS 'sekapal'


Umno dan PAS hari ini 'sekapal' melalui misi bantuan Food Flotilla for Myanmar‎.
Datuk Seri Najib Razak berkata, misi bantuan oleh Kelab Putra 1Malaysia bersama NGO‎ dilakukan atas keprihatinan terhadap penderitaan umat Islam khususnya etinik Rohingya di Myanmar.
‎"Detik yang amat bersejarah, hari ini kita akan sama-sama melepaskan satu misi iaitu Food Flotilla For Myanmar.
"‎Saya terharu dengan bilangan sukarelawan yang akan naik kapal atas kerelaan hati‎, ada yang menyumbang. Inilah tanda keprihatinan rakyat Malaysia.
"Selain itu saya nak beritahu bahawa kapal ini perlambangan penyatuan ummah‎ Malaysia.

Sebab memang benar ada orang Umno, ada orang PAS," katanya ketika berucap di majlis pelancaran misi bantuan itu di Pelabuhan Klang, hari ini.
Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mewakili PAS dalam acara itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com