innity

pages

Thursday, February 23, 2017

[HADI SETUJU KE?] PPBM tetap mahu runding ‘pakatan pilihan raya’ dengan PAS

PORT DICKSON: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mahu menjalin “pakatan pilihan raya” dengan PAS bagi mengelakkan pertembungan 3 penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Timbalan Presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata PPBM akan berusaha untuk berunding dengan PAS bagi merintis satu “pakatan pilihan raya”.
“Mahu tak mahu kami (PPBM) terpaksa ada (pilih) satu tarikh untuk memuktamadkan adakah kami boleh atau tidak jalin kerjasama dengan PAS walaupun dalam bentuk “electoral pact’ (pakatan pilihan raya)”, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mukhriz berada di sini bagi menghadiri program pemukiman PPBM selama 4 hari bermula Isnin lepas yang turut dihadiri semua pimpinan tertinggi parti termasuk Pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan PAS tetap dengan pendirian tidak akan bekerjasama dengan PPBM selagi ia menjalin hubungan dan bekerjasama dengan DAP dan Amanah.
Dalam pada itu, Mukhriz berkata pada PRU14, PPBM akan menumpukan untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu. - FMT

2 comments:

  1. Sokong! Teruskan rundingan!

    Sesetengah penyokong pakatan harapan punyai ego dan keyakinan tinggi tanpa PAS mereka boleh menang PRU?

    Atas asas apa PH Boleh menang pada PRU akan datang?

    Kenapa tidak boleh berkongsi kuasa dengan PAS? apa masalahnya?

    Selagi mereka semua (parti pembangkang) berjuang demi masa depan rakyat,

    Jika mereka nak bertumbuk, baling kerusi dan hentak meja sesama mereka (ppbm, pkr, amanah, dap dan pas) kerana berjuang untuk kepentingan rakyat...

    DIPERSILAKAN!

    apa yg penting adalah...

    TUMBANGKAN PENYAMUN NO 1 NEGARA!

    ReplyDelete
  2. Ya,perkara NO.1,TUMBANGKAN MO no1

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com