innity

pages

Thursday, February 23, 2017

[GENG DIA JUGAK] Bekas KSN ketuai Pasukan Petugas Khas siasat kerugian urus niaga mata wang BNM


KUALA LUMPUR, 25 Jamadilawal 1438H, Rabu – Kabinet hari ini melantik bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan sebagai Pengerusi Pasukan Petugas Khas untuk menjalankan siasatan awal berkenaan kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar 1990-an.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata, terma rujukan Pasukan Petugas Khas itu adalah untuk menjalankan siasatan awal berkaitan kerugian BNM dalam aktiviti spekulasi bagi urus niaga mata wang asing.
Selain itu, ia juga bagi menyiasat sejauh mana terdapat tindakan menyembunyikan (cover up) maklumat kerugian tersebut dan mengkaji kalau ada
perbuatan memberi kenyataan mengelirukan mengenainya pada mesyuarat Parlimen.
Pasukan tersebut akan mengemukakan syor-syor kepada kerajaan mengenai tindakan susulan termasuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja, jika perlu, berdasarkan hasil siasatan itu nanti.
“Penetapan terma rujukan yang spesifik adalah penting sebagai langkah permulaan bagi mendapatkan fakta-fakta berkaitan termasuk menganalisis semua Penyata Rasmi Mesyuarat Parlimen pada masa itu, minit-minit Mesyuarat Jemaah Menteri terdahulu, Laporan Ketua Audit Negara, dokumen-dokumen BNM dan sebagainya,” kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, siasatan berkenaan akan dijalankan secara telus, bebas dan adil sejajar.
Ahli Pasukan Petugas Khas yang lain akan diumumkan dalam masa terdekat yang terdiri dalam kalangan yang berpengalaman, memiliki kepakaran tertentu untuk membantu melaksanakan tugas-tugas penemuan dan penzahiran dokumen-dokumen bagi mendapatkan fakta-fakta sebenar berkaitan urus niaga mata wang asing BNM ketika itu.
Mohd Sidek berkhidmat dengan perkhidmatan awam selama 38 tahun termasuk enam tahun sebagai KSN.
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Ekonomi) dalam Pentadbiran Awam daripada Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada New Hampshire College, Amerika Syarikat.- Bernama

8 comments:

  1. Siasat juga peranan jibbo masa tu..dia pun menteri gak masa tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah nama siasat.... pastinya menyeluruh... mana ada sekerat2. Siapa yangbkena nanti nasiblah. Tapiialahkan kita doa yang terbaik... moga2 tak ada kesalahan atau salah tadbir atau kerosakan yang pernah dibuat dulu.... jadi akan ada yang boleh sidakwa. Harap sangat segalanya hanyalah cakap2 aja sebab Tun mati2 kata segalanya adalah bersih dan jelas tidak ada penyelewengan.

      Delete
  2. Penyiasatan perlu ke arah Tan Sri Nor Mohd Yacob kerana beliaulah menerajui perniagaan mata wang asing BNM suatu masa dahulu.

    Terkini, Beliau juga dipertanggungjawab oleh bijan untuk mencari jalan, projek songlap wang rakyat taman tugu berjumlah berbillion billion ringit.

    Bijan juga sebahagian dari ahli kabinet semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir. Tanya beliau, apa yg telah beliau lakukan dalam perniagaan mata wang asing BNM.

    Sila tanya bijan " ko buat buat
    per? Takkan duduk mesyuarat kabinet ko buat senaman 3K? Kepit, kemut & Klepet? main bola lutut berlaga camner plak?

    Inilah Pemimpin Penyamun no. 1 negara malaysia yg ada hari ini.

    ReplyDelete
  3. Bagus...ini akan jadi precedent case utk 1mdb dan src pada masa akan datang..hehe

    ReplyDelete
  4. Nanti kalau tak jumpa benda yg boleh hina Mahathir ..gantilah yg lain pulak. Najib ni binatang ..ikut jelah

    ReplyDelete
  5. Hmmmm....bila dah ada kes nanti jgn lupa pulak panggil Najib. Diakan sebahagian drp ahli kabinet masa tu. Najib.....Najib.... Silap-silap yg dh masuk kubur yg akan dipersalahkan. DAN jgn lupa tubuhkan task force utk siasat 1MDB...SRC...MO1 ye...!!! Sementara dok ada kuasa...siasatlah sbb bila kamu dh jatuh nnt...kamu akan disiasat plak. Kami rakyat dapat menerima kekurangan TDM kerana tiada manusia yg sempurna dan beliau tidak menyusahkan rakyat semasa era pentadbirannya tetapi kamu Najib....aku rasa tak dapat ludah orangnya...matinya kamu nanti, kubur kamu akan diludah rakyat.

    ReplyDelete
  6. Yang disuruh menajalani siasatan pun bukan bersih sangat. Kalau tak hasilkan keputusan yang tak memihak kepada Najib nanti kena blackmail la.

    ReplyDelete
  7. Najib ni dah gila babi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com