innity

pages

Saturday, February 4, 2017

[GAMBAR]Kejadian Banjir Lumpur Hampir TENGGELAMKAN Rumah Cuba DISOROKKAN kerana Perlombongan?

Isu Kg Bukit Besi Temangan : Puak PAN Tak Perlu Nak Katok Ular Hok Mapuh Doh
(Tak perlu bunuh ular yang dah mati)

My dearest Abg Fauzi a.k.a Topeng Perak Unmasked, ini jawapan dan tindakan pantas yang telah dibuat oleh pimpinan kerajaan sejak bulan lalu lagi. Jadi tak perlulah main isu ni. Tak perlu jadi Hero Last Minit deh. Buang masa sahaja. Dan Pemuda PAS Kelantan juga sudah awal lagi turun bertanya khabar penduduk di sini sejak bulan lalu
Ada pihak yang mengambil kesempatan terus menyalahkan kerajaan negeri kerana meluluskan lesen melombong.
Bukan tidak boleh menyalahkan kerajaan negeri. Boleh, dan kita patut dan kena terima sebarang teguran yang ikhlas dan berasas.
Selepas itu tindakan susulan perlu dilakukan. Tetapi semata-mata mencari dan meletakkan kesalahan pada satu-satu pihak perlu kepada penelitian dan mesti dibuat dengan cermat.
Sebenarnya dalam proses kelulusan lesen melombong ini, bukan sahaja agensi atau jabatan kerajaan negeri sahaja terlibat malah beberapa buah jabatan kerajaan pusat juga terlibat.
Banyak pihak yang terlibat dalam membuat kajian dan memberikan pengesyoran kepada pihak berkuasa negeri sebelum kelulusan diberikan. Antaranya adalah Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pertanian, Jabatan Hutan, Pejabat Tanah dan Jajahan serta Pejabat Tanah dan Galian.
Pandangan dari Jabatan Mineral dan Geosains serta Jabatan Alam Sekitar adalah amat penting. Kedua-duanya adalah jabatan di bawah kerajaan persekutuan.
Jabatan Pertanian dan Hutan adalah di bawah negeri dan persekutuan.
Kesemua jabatan ini adalah amat teliti dalam penilaian mereka. Pihak berkuasa kerajaan negeri membuat keputusan berdasarkan pengesyoran mereka.
Walau bagaimanapun kesilapan atau kecuaian tidak dinafikan boleh berlaku.
Sbg contoh, adalah tidak adil kita menyalahkan JPJ kerana memberikan lesen memandu kepada pengguna yang cuai sehingga menyebabkan kemalangan jalanraya sedangkan pengguna tersebut lulus semua ujian sewaktu memohon lesen memandu tersebut.
Dalam banyak kes, kesilapan atau kecuaian byk berlaku dipihak pelombong yang membawa kepada bencana.
Antaranya, melanggar peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
**************************
Banjir lumpur adalah disebabkan oleh lombong persendirian yang ditinggalkan pengusaha.
Ada 19 buah keluarga terlibat. Kita dah buat keputusan untuk memindahkan kesemua mereka ke penempatan baru di tanah milik kerajaan berdekatan bandar Temangan.
YB ADUN Temangan sudah pun sembah maklum hal ini kepada Tuanku Pemangku Raja baru2 ini untuk mendapat perkenan bantuan kewangan MAIK bagi membina rumah2 mangsa.
Tuanku telah pun perkenan manakala Tn D.O dah buat perjumpaan dengan kesemua mangsa pd bulan lps untuk maklumkan keputusan ini kpd penduduk yg terlibat.
Alhamdulillah, semua mereka bersetuju. InsyaAllah proses tersebut sedang berjalan. Kerajaan akan menukar tanah mereka dengan tanah kerajaan dan akan mendirikan rumah untuk diberikan kepada mereka InsyaAllah.
Salah seorang dari mangsa yang terjejas teruk, Pak Him, telahpun kita berikan rumah di pondok hidayah. Tetapi lepas itu dia pindah balik ke rumah asal.
Dia pindah balik ke rumah asal sebab dikatakan tak puas hati. Katanya tidak ada ruang untuk dia berkebun dan macam2 lagi alasan tak menasabah.
Apapan, kecaknaan kita kpd rakyat telah pun kita susuli dgn pelan tindakan



1 comment:

  1. Cakna kepala otak. Ayat menepis kesalahan alih tiang,persalahkan mangsa. YB mahsum. Pigidaaa. Tahap penyagak, bagi lesen,lahap komisen, tak pulak disusuli pemantauan. Gaji mau kuasa mau, masa kempen hiruk pikuk jamin amanah, lpas dapat kuasa mulut keluar nanah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com