innity

pages

Sunday, February 12, 2017

FOREST CITY, NGO Lapor Polis: Tun M Sedia Pamer Fakta bila Dihadap ke Mahkamah [TULISAN TERBARU TUN M]


1. Saya amat gembira dengan report polis terhadap saya kerana kononnya membuat kenyataan yang tidak berasas berkenaan Forest City di Gelang Patah yang menelan belanja berbillion Ringgit.

2. Walaupun bodoh tetapi laporan polis yang dibuat berjaya menarik perhatian kumpulan yang pekak, buta dan tuli (PBT). Saya akan membuat penjelasan yang lebih panjang dan mempamerkan fakta-fakta berkenaan projek ini apabila saya dihadapkan ke mahkamah.

3. Yang saya hairan ialah kenapa orang PBT ini tidak report kepada polis akan laporan dalam beberapa akhbar oleh Bloomberg, sebuah agensi berita berkenaan ekonomi.

4. Besar kemungkinan puak PBT ini tidak baca, atau kalau baca sekalipun tidak faham. Yang dilapor oleh Bloomberg lebih dari yang saya sebutkan dalam ucapan saya.

5. Sekarang selepas saya jelaskan asas dakwaan saya, buatlah laporan polis terhadap Bloomberg. Tetapi saya yakin mereka tidak berani. Tujuan laporan mereka terhadap saya bukan diasaskan kepada kenyataan saya itu tidak betul. Laporan dibuat untuk menghentikan saya dari bercakap benar. Dalam Malaysia sekarang ini kebenaran amat ditakuti. Pembohongan disanjung tinggi.

6. Saya syorkan NGO-NGO ini membuat lawatan ke Forest City untuk melihat dengan mata kepala sendiri keadaan di Bandaraya berkenaan. Cuba sahkan penduduk dan pembeli bangunan-bangunan di sini terdiri dari orang tempatan, terutama orang Melayu.

7. Sahkan juga bahawa tanah ini disewa dan bukan dimiliki kekal seperti yang tertulis di papan tanda yang didirikan dan siaran kepada bakal pembeli dari Cina.

8. Dahulu, di waktu kita kurang bijak, Singapura telah dijual ke British. Sekarang ini Singapura menjadi negara asing yang tidak mungkin dikembalikan kepada Johor.

9. Penjualan tanah untuk dibangun dan diduduki oleh orang asing selama-lamanya tidak banyak berlainan dengan penjualan Singapura.

10. Malangnya PBT tak mungkin faham implikasi penjualan tanah Johor ini. Jauh sekali dari menyamakannya dengan Singapura.

sumber gambar: Kelab Che Det

11. Nasib baik lebih ramai rakyat Johor yang boleh faham tentang masalah penduduk asing yang akan berada di Johor selama-lamanya. Tidak ada mana-mana negara di dunia yang sanggup menerima kemasukan ramai orang asing ke negara mereka.

12. Amerika dengan penduduk seramai 325 juta pun menolak kemasukan orang Mexico dan oleh Trump, orang Islam.

13. Di Palestin, pembinaan bandar-bandar untuk orang Yahudi di tanah milik orang Palestin ditentang oleh mereka. Di Eropah kemasukan pelarian dari Syria dan lain-lain negara Arab dan Afrika dihalang oleh mereka.

14. Jika majoriti rakyat Johor menolak Forest City dengan kemasukan orang asing, pendirian mereka tidak sedikitpun berbeza dari pendirian bangsa-bangsa lain terhadap kemasukan beramai-ramai orang asing untuk tinggal di negara mereka.

15. Sesungguhnya NGO-NGO ini mengkhianati bangsa dan negara kerana menyokong penjualan wilayah di Malaysia kepada orang asing yang akan mendiri bandar-bandar mewah diduduki dan dimiliki selama-lamanya oleh mereka.

7 comments:

  1. balik2 dia kata....saya dah tua...hahahaha....dlu bukan men anti news barat tup3 bila dah terdesak suma benda diludah dijilat blek.....terus2lah...snok tgok wayang x payh byar nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok ke sakit hati sebab kenyataan nya MO1 memang kaki gadai selain kaki rembat, kaki temberang, kaki kelentong, kaki menipu, 42 juta cukup terang masuk ada kes songlap bersama 2.6 billion....

      Delete
    2. Sekarg zaman internet, paper barat mana berani tipu lagi la ngok... Baru keluar dari gua ka lu...

      Delete
    3. Jgn perduli dia ludah ke, dia tgk berita barat ke, tgk pd apa yg dia ckp tu betul.ke tak. Kau pun tgk juga berita dr barat hari2, kau tolak semua ke atau kau pilih juga tgk yg mana betul mana salah.

      Kau ingat tak? Contohnya kes pilih ubat domam, setenghnya kau dah telan ubat yg barat kata bagus tup..tup..lps tu depa kata ubat tu mbahayakan diri...kau terkojut, kau berenti mknnya. tp kau terus juga mkn ubat yg barat jual di farmasi. Ada kau takpergi farmasi? Cakap biar berfikir.
      Tanah kita dijual milik kekal pd org asing mana maruah kamu? Mana smgt cintakan tanahair? Penjajahan yahudi di palestin disebabkan benda yg sama menjual tanh pd yahudi 80tahun dulu oleh org Arab sbb nak cpt kaya. Tgk la sekarang.

      Delete
    4. 10.59.kaji kebenaran,nilai fakta,

      Delete
  2. Kepentingan rakyat dirembat. Kepentingan beberapa individu disanjung. Eh ini kerja shaitan mana dah....!! Ini agak nyer shaitan ada kelas.

    ReplyDelete
  3. Umno Johor bakal ditalkinkan begitu juga dengan seluruh negeri semenanjung, kerana rakyat sudah sedar, hari ini rakyat mempunyai pemimpin penyamun no 1 negara.

    INI KALI, tsunami datang dari kaum melayu dan bumiputra kerana,

    1.Hak kepentingan orang melayu dan bumiputra adalah dijamin akan tetap dijaga dan dipelihara.

    2.GST dijamin akan dihapuskan.

    3.BR1M dijamin tetap akan diteruskan malah diperbaiki dan ditambah nilai.

    Semua jaminan ini datang dari Tun dr mahathir.

    Oleh itu,

    Mulakan berkempen, bermula dengan ibu bapa, adik beradik dan saudara mara kita.

    Lakukan dengan penuh hormat, adab dan berhemah tinggi!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com