innity

pages

Saturday, February 18, 2017

Fakta 355, Beberapa Kali (1984, 1988) Dipinda Zaman Tun M Tanpa Kecoh2


TUN DR MAHATHIR ANTI UNDANG-UNDANG ISLAM?

Inilah fakta sejarah sebenar:

1. Artikel 355 ini telah pun pernah dipinda oleh Kerajaan yang berkuasa pada tahun 1984 dan 1988 (Kerajaan Dr Mahathir), tanpa riuh-rendah sepertimana yang PAS kecoh sekarang.


2. Pembentangan dibuat oleh PM pada masa itu YAB Dato' Seri Dr Mahathir, disokong oleh YB Dr Pairin Kitingan dan disokong pula oleh semua ahli-ahli Parlimen dari Kerajaan BN.

3. Tokoh-tokoh penggerak utama pindaan ini adalah DSAI dan Almarhum TS Prof Ahmad Ibrahim.

4. Menariknya RUU ini ditentang oleh wakil tunggal PAS YB Nik Abdullah Nik Arshad (Pengkalan Chepa).

5. Pindaan ini telah berjaya melonjakkan taraf Mahkamah Syariah hampir setaraf dengan Mahkamah Sivil.

6. Para pegawai telah diberi latihan profesional seperti Kursus Diploma Kehakiman Syarak di UIAM.

7. Skim gaji baru dipinda dan bangunan mahkamah dinaik taraf menjadi lebih selesa.

8.RUU boleh dipinda lagi dengan mudah, tanpa apa-apa kekecohan, jika BN-PAS (zaman Najib/Hadi ini) benar-benar ikhlas.

9. Apa perlunya dijadikan demo dan kecoh gimik politik bagaikan nak rak seluruh negara?

10. Nyata sekali, isu ini sengaja diperalatkan, demi kepentingan politik UMNO-PAS semata-mata. Kononnya siapa tidak bersama mereka dicop sebagai anti-Islam pula.


6 comments:

  1. Sebab itu mata pelajaran sejarah amat penting .. untuk sebarang rujukan .. ambik sebutir .. PAS .. Oooi .. sejarah menyatakan arwah hj lah bapa kepada Tmb kelantan menentang .. hu hu hu..

    ReplyDelete
  2. Nik Abdullah...ayah nik amar

    ReplyDelete
  3. Aku puji Tun M membuat pindaan sebelumnya. Tetapi hari ni kecoh bukan salah PAS tapi masaalah kali susah nak dpt sokongan, org yg anti Islam semakin luar biasa di Malaysia.
    Kalau takda penentang usaha ni tak kecoh la

    ReplyDelete
  4. Tp tuan waktu tu parti kwn mahathir yg dia anggap blom kuat tuan..skrg dia dah kuat n menjadi penentang utama akta ni bkn najib..jd klu nak tulis dlm ni kasi la terang sikit jgn cerita sebahagian saja..jgn kelirukan org ramai n jgn anggap org ramai bodoh mcm org2 ko ya..terima kasih..pkr yg tentang akta ni skrg pun xwujud lg time tun pinda tu..cerita la jg bab tu ya..sekali lg terima kasih tuan..

    ReplyDelete

  5. Sebab bila Tun buat pindaan org lain semua tak buat kecoh, bila org lain buat pindaan org proTun mula hebuh Dan buat kecoh....
    Lu fikir le sendiri

    ReplyDelete
  6. Bila suruh bentang apasal tangguh...lepas tu suruh rakyat berhimpun nak tunjuk jaguh.bukan rakyat yg ngundi ruu tu..oh nak tanya laa mic mca sokong ruu ke?dengar cerita bn sarawak pun tak sokong...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com