innity

pages

Monday, February 13, 2017

Dulu Parti Itu Kau Kata KAFIR, Kini Tidak, Kamu yang mengelirukan, jawab mufti Perlis

Datuk Mohd Asri Zainul Abidin hari ini mempertahankan keindahan Islam bukannya terletak hanya pada pelaksanaan hudud tetapi pada tadbir urus yang baik.
Kerana sebenarnya kitab Islam (nas) lebih banyak menyentuh mengenai tadbir urus, akhlak, hak, kebajikan, kebersihan dan alam sekitar berbanding hudud.
Bagaimanapun, mufti Perlis berkata ada golongan yang asyik tertumpu kepada isu hudud. “Seakan itulah yang hendak ditonjolkan oleh Nabi.”
Asri di Facebook hari ini meleraikan agenda itu kepada politik. “Sebenarnya yang mengelirukan itu ialah apabila agama dipolitikkan, ataupun akidah umat dijadikan taruhan politik.”
Semalam, Asri di forum “Sejauh Mana Anda Memahami Hudud” anjuran Angkatan Amanah Merdeka mengkritik penyokong hudud yang menganggap pelaksanaan hukum itu nanti akan menunjukkan “keindahan Islam”.
Hari ini, PAS membidas Asri sebagai seorang yang keliru dan mengelirukan umat Islam.
Tahukah kamu apakah yang mengelirukan?” soal Asri.
 “Apabila dahulu parti anda mengkafirkan orang yang berbeza parti sehingga ada yang bercerai-berai, tidak makanan sembelihan, solat 2 imam, bahkan sehingga ada yang mati terkorban kononnya syahid menentang berbeza parti.
“Kemudian, hari ini semuanya sudah berbeza. Padahal parti yang dikafirkan itu tetap sama, bahkan sebahagian besar pemimpin juga tetap sama.
Anda menyebut ‘Perlembagaan kita adalah perlembagaan penjajah, kafir dan jahiliah’. Kemudian hari ini anda menyebut kita menjunjung dan menghormati Perlembagaan.
“Betapa ramai yang telah menjadi korban oleh fatwa dan amanat parti anda itu?!” soal Asri.
Beliau turut menghentam PAS kerana mengubah suai pendirian mereka, seperti ketika mahu berbaik dengan parti politik tertentu.
“Kemudian apabila anda bertelagah anda menjadikan mereka munafik, keluar jemaah Islam mati jahiliah, musuh Islam dan sebagainya.
Ketika anda memenangi beberapa negeri dahulu anda menyatakan hudud bukan keutamaan. Bahkan anda menyatakan ‘selesai masalah pengangguran dulu baru hudud’. Kemudian anda menyatakan sesat, liberal ataupun anti-Islam sesiapa yang mengungkapkan hal yang sama.”
Beliau memohon PAS supaya tidak mempolitikkan agama, kerana ia akan mengelirukan keutamaan dalam Islam.
“Dunia maju yang bermatian pelarian Islam lari kepada mereka bukan kerana mereka menjalankan undang-undang tersebut,” kata Asri.
“Sebaliknya kerana mereka menjalankan urus tadbir yang baik. Negara mereka indah sebab mereka tidak ‘memotong balak’ sesuka hati.” - FMT

8 comments:

  1. PAS memang mengelirukan, ketika najib sebat bilion2 1MDB derma RM2.6 bilion ketika itu lah PAS mula nak berbaik dengan UMNO yg dulu kafir

    Ketika semua orang menentang UMNO Najib ketika itulah PAS nak bantu UMNO lawan 3 penjuru, mmg PAS permainkan ISlam

    ReplyDelete
  2. Dr MAZA,

    Salam. I must take my hat off for your strong and direct statement on PAS and its false pretences and hypocrisies.

    Ustaz kazim has more or less same opinion with you, doc. I do not see other muftis having same calibre with MAZA and Kazim...too far apart because of rewards by poltical master.

    ReplyDelete
  3. Baik ada makna tu....

    ReplyDelete
  4. apa isu sebenarnya yang cuba dimainkan oleh sang mufti perlis ini? adakah ruu355 ataupun isu dahulu kafir mengkafir? tetapkan tajuk. sudahkah mufti perlis bertanya, berdiskusi malah memberi pendapat beliau berkaitan ruu355 ini dengan pimpinan pas atau pandai2 buat konklusi sendiri dan lontarkannya melalui fbnya? paling tidak sepatutnya mufti perlis berbincang dahulu dengan mufti wilayah supaya kekalutan dapat diurai. ini tidak, sendiri buat pertimbangan dan dengan bangganya seolah pendapat dialah yang benar. seorang alim pernah berkata jika tak boleh buat semua jangan tinggal semua. fikir fikirkanlah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 8.36,

      Sila fahami isi kandungan apa yg ingin disampaikan oleh dr asrii aitu ;

      "Jangan mempolitikkan agama, kerana ia akan mengelirukan (rakyat) keutaaman dalam islam"

      Antara politik PAS mengelirukan adalah ;

      1.mengkafirkan sesama islam sehingga menyebabkan pasangan bercerai.
      2.tidak makan sembelihan
      3.solat dua imam
      4.mati terkorban kononnya syahid menentang berbeza parti (umno)
      5.perkembagaan kita perlembagaan penjajah,kafir dan jahiliyah.(umno)

      Terang dan jelas cara permainan politik parti PAS ini , ianya amat mengelirukan rakyat terutamanya rakyat di kampung2.

      Setelah selama berpuluh puluh tahun berseteru, berjihad, melawan umno, hari ini PAS bersekongkol, bersyubha dengan seteru dan musuhnya suatu ketika dahulu iaitu umno.

      Lupakah amanat arwah tuan guru hj nik aziz wahai ahli2 PAS sekalian berkenaan dengan umno ini?

      Adalah lebih baik berbincang dan bermesyuarah seperti diamalkan oleh Nabi SAW dan ambil keputusan suara majoriti.

      Semua umat islam bersetuju hukum hudud dan tiada siapa persoalkan seperti yg telah dinyatakan dalam al Quran.

      Islam yg kami kenali adalah Addin, indah, terbaik dalam hidup ini dan tidak sekali kali ekstrem, jumud, keras, mengelirukan seperti di amalkan oleh parti PAS hari ini.

      Delete
  5. PAS banyak melakukan kesilapn dan itu PAS kenalah akui, tetapi memperkasakan RUU355 adalah satu perkara yg beri kelebihan kpd umat Islam dlm negara ini utk melawan niat buruk DAP dan yg anti Islam. Kita tau melaksanakan hudud masih jauh sekali nak dilaksanakan di Malaysia tetapi perkasakan mahkamah syariah adalah penting.

    RUU 355 ini bukannya akan laksanakan hudud pun sebalikknya ia hanya memberi kuasa yg lebih baik berbanding dulu kpd mahkamah syariah. Kerana byk kes berat di mahkamh syariah yg tak dpt mhkmh selesaikan dgn baik.

    ReplyDelete
  6. Dr MAZA....i am in total agreement with you, sir.

    Wish you could come out with firm condemnation of najib as a traitor to his bangsa, agama and negara.

    In 2012, najib says satu undi untuk umno/bn adalah undi untuk selamatkan akidah islam....

    Sama juga fatwa hadi....

    Therefore, i would in all honesty and respectfully appeal to you to condemn najib with no reservations.

    ReplyDelete
  7. APA yg disebut tu memang tepat.PAS sememang nya parti munafiq .

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com