innity

pages

Tuesday, February 7, 2017

[DEMI RAKYAT, NEGARA] Mahathir akui Bersatu masih mengharap Pas


Bersatu masih berharap Pas akan dapat bekerjasama dengan parti itu bagi memastikan tujuan satu lawan satu menentang BN dapat direalisasikan.

Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad bagaimanapun berkata, setakat ini perbincangan kedua-dua parti masih belum mencapai sebarang keputusan.

"Bagi Bersatu kita akan menyertai kerjasama dengan Pakatan Harapan lebih awal daripada Pas.

"Tetapi kita harap Pas akan bersama sekurang-kurangnya dengan Bersatu supaya kita dapat tentukan satu lawan satu. Namun kalau tak dapat, terpaksalah kita terima," katanya dalam sidang media selepas sesi meja bulat Selamatkan Malaysia di sini, hari ini.

Sementara itu, Mahathir mengakui inisiatif Selamatkan Malaysia yang dilancarkan itu mengalami kesukaran untuk mendapatkan sokongan ahli Umno.

"Masalah kita adalah untuk bertemu dengan mereka. Mereka agak takut dengar penjelasan kita kerana masih kekal dengan tafsiran yang silap untuk memudahkan diri mereka.

"Mereka nak percaya sangat dengan Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) supaya tiada apa-apa perlu dilakukan mereka. Tetapi kalau mereka dengar penjelasan kita,  mereka terpaksa berfikir dan proses pemikiran itu agak berat bagi sesetengah orang. Kalau boleh mereka tak nak fikir, nak ikut saja," katanya.

3 comments:

  1. "Tetapi kalau mereka dengar penjelasan kita, mereka terpaksa berfikir dan proses pemikiran itu agak berat bagi sesetengah orang. Kalau boleh mereka tak nak fikir, nak ikut saja,"

    -Tun Dr Mahathir.

    Saudara&Saudari, Tuan2&Puan2,

    Lakukan dengan penuh berhemah, adab dan sopan, merayu kepada ibu bapa adik beradik dan saudara mara kita "INI KALI" kita undi parti yg di pimpin oleh Tun Dr Mahathir.

    INI KALI kita pula mengalas bahu dan tampil ke depan untuk menyakinkan pengundi2.

    Mohon sangat2 kepada pembaca sekalian, jangan kita sekadar lihat sahaja ucapan Tun, dia dah melewati usianya dan sangat2 sayang pada agama, bangsa, tanah air dan masa depan anak2 kita.

    Ayuh saudara saudari ku sekalian, mulakan dari sekarang!

    TUMBANGKAN PENYAMUN NO 1 NEGARA!

    ReplyDelete
  2. Journalist group Gerakan Media Merdeka (Geramm) has lambasted DAP parliamentary leader Lim Kit Siang for what it deemed as his uncalled for verbal attack against a mainstream media reporter during a press conference at the home of Zaid Ibrahim yesterday morning.

    Referring to a video of the incident uploaded by Internet broadcaster KiniTV, Geramm noted in its statement, that “Lim became visibly agitated and lost his cool when asked if he would be speaking about the BMF and Bank Negara forex scandals differently if former premier Dr Mahathir Mohamad was not his ally now”.

    “How have I said it differently? How? You can’t substantiate it, you are making a baseless allegation.

    Read more: https://www.malaysiakini.com/news/371748#ixzz4Y3lzoe61

    Comment dariAnonymous_1429175092

    Will the same tv3 reporter ask mo1 about 1mdb and 2.6billion ? umno is trying to detour people's attention away from 1mdb and 2.6 billion and uses its slaves, tv3, rtm, utusan, bh, nst to do the work for them. Cheap fellows and they deserve this harsh treatment for people have no respect for them. These idiots who are dedak eaters are justifying mo1's 1mdb . It is sad to see how the malay leadership is cheating the malays without feeling any shame and guilt. The media fellows know that but being dedak eaters they are in cohort with them to cheat their own race.

    Read more: https://www.malaysiakini.com/news/371748#ixzz4Y3mMxtlU

    Kita dapat lihat dan buat pandangan masing2 akhbar nasional dan tv pro najib memang di"paksa" bertanya soalan2 seperti ini. Namun apabila yang ada didepan mata seperti najib, mereka semua pengecut tanpa prinsip. Patutlah subscription akhbar2 nasional merudum dan rating tv pro najib tiada yang tengok lagi.

    ReplyDelete
  3. Kikikiki.. jurucakap BERSATU terdesak sungguhh noo... gelabah sungguh laaahaiiii.... PAS parti senior ada organisasinyer mantap olak tuu.. cawangan.bahagian jentera cukup laahaiiii... suma ada .. Parti mamak apa ade..? Cawangan dan bahagian tak ada.. jentera lagi la tak ade... yang ada jentera Porche Cayman ke hulu hiliaqqq.... cakap besoo plak tu.... respek sikit la parti org lama.... pas tu nak tunjuk itu ini .... terdesak sunggguhhhh ...



    kikikikiki...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com