innity

pages

Sunday, February 5, 2017

Dato' Mahfuz Nasihat AMANAH: telefonlah, bukan guna media


SHAH ALAM - Tindakan Parti Amanah Negara (Amanah) yang secara terbuka meminta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendedahkan hasil pertemuan bersama Pas awal Februari lalu dikatakan tidak wajar.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, Amanah sepatutnya tidak perlu menggunakan media untuk mengutarakan kemahuan mereka kepada Bersatu.

"Tidak perlulah Amanah pergi minta secara terbuka. Patut telefon (buat panggilan) sajalah dan minta kepada Bersatu apa yang mereka mahu.

"Saya anggap ia tindakan tidak wajar," katanya kepada Sinar Online.

Kata Mahfuz, Amanah tidak perlu mengingatkan Bersatu untuk melapor hasil pertemuan itu kerana ia sudah menjadi tanggungjawab Bersatu untuk berkongsi hal tersebut dengan Pakatan Harapan.

"Oleh kerana Bersatu sudah ada kerjasama dengan Pakatan Harapan, sudah tentulah mereka akan menyampaikan maklumat kepada rakan pakatan. 

"Parti yang ada tidak perlulah meminta atau mengingatkan Bersatu secara terbuka untuk berkongsi laporan penuh pertemuan dengan Pas," katanya lagi. - SH

3 comments:

  1. Benar seperti diperkata dato mahfuz, seolah olah pemimpin amanah tidak percaya dengan ppbm.

    Berbincanglah...telefonlah....jangan tunjuk kita bercakaran sesama sendiri depan rakyat TETAPI kalau nak bertumbuk, hentak meja dan baling kerusi sesama korang dalam bilik tertutup, didalam majlis tertutup tanpa dihadiri rakyat, tanpa kenyataan media, umum kepada rakyat...DIPERSILAKAN!

    ReplyDelete
  2. Hehe...mahfuz belum kenal AMANAH. Depa ni kaki hijack. Depa rasa depa baguih sgt. Sbb depa dah berperangai mcmtu berpuluh tahun. Syiok sendiri rasa depa paling betul...semua org tak betul, depa paling betul.

    ReplyDelete
  3. 5.15 woww chai, skrg ni umno bijan dah ada unit batu api? cucuk jarum? unit perang saraf baru ke chai? pecah belahkan pembangkang?

    Kipidap chai.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com