innity

pages

Monday, February 20, 2017

Dari Blog Tun M: Menangislah kamu wahai Melayu Negara dijual kerana duit itu raja


Budi bahasa budaya kita
Slogan mendesak di mana-mana sahaja
Jangan lupa budaya bangsa
Ulangi di mulut mencukupilah juga.

Kita diingat jangan lupa
Budaya silam warisan kita
Tetapi jika tersalah apa-apa
Rentap kursi balik tidak mengapa.

Budi bahasa budaya Melayu
Sering bertukar mengikut masa
Jika tersilap jangan malu
Budi bahasa perkara lama.

Kesipuan jangan dibiar berlaku
Tiada kursi alasan mencukupi
Kurang santapan diganti muruku
Bangsa tersungkur takdir disalahi.

Budi bahasa slogan negara
Bersopan santun pakaian disedia
Selempang kanan jangan dikirikan
Jangan guna tangan kiri waktu makan.

Budaya bangsa budi dikenang
Itulah adat Melayu lama
Setelah naik tangga ditendang
Kalau nak turun terjun sahaja.

Wahai bangsaku berbudaya barukah kamu
Atau berbangsa lainkah kamu
Hilang adat hilang malu
Duit disembah raja baharu.

Lanun sudah menjadi raja
Bukan jenayah bila mencuri
Bintang di langit dipasang di dada
Rakyat menyembah duit yang diberi.

Batu putih bertuan baru
LKY menjadi Raja
Bila terkenang zaman dahulu
duduk mengalir air mata.

Menangislah kamu wahai Melayu
Negara dijual kerana duit itu raja
Sembahlah kamu raja baharu
Itulah peranan hamba raja.

Tangisan tidak membawa ke mana-mana
Setelah negara dimiliki orang
Junjunglah penjual negara yang kaya
Mungkin sekupang dua tercicir di belakang.

Kutiplah kamu dedak dan serdak
Itu sahaja yang tertinggal bagi mu
Tertutup mata, mulut dan pekak,
Tersumbat hidung, matilah kamu.

Menangis meratap penjunjung jenazah
Kenapakah dedak disumbat hidung
Baunya sedap menolak payah
Akhirnya maut diangkat perusung.

Wahai bangsaku bijak bestari
Tak fahamkah kamu kesannya tenggelam
Tidak bernyawa bermakna mati
Berakhirlah sudah cerita silam.

5 comments:


  1. Hoooo dah bankrupt Malaysia, aku akan lari mencari rezeki ke Sumatra, ko hendak lari kemana?

    ReplyDelete
  2. Hebat betul negarawan ni. Masih mampu berpesan dgn berbahasa dan berbudaya dlm usia menjangkau akhir waktu.

    ReplyDelete
  3. Pribumi harapan warisan perintah malaysia..amin ya allah

    ReplyDelete
  4. Pribumi harapan warisan perintah malaysia..amin ya allah

    ReplyDelete
  5. Jika rakyat tidak memahami apa yg ingin disampaikan oleh Tun maka rakyat dan negara akan menghadapi kemusnahan dan kehancuran.

    Hari ini rakyat sudah pun menghadapi pelbagai bencana dan kemudaratan disebabkan oleh perbuatan bijan, semah dan kroni2 nya.

    Jika hari ini rakyat berharap dengan sumbangan dari bijan, maka perlu di ingatkan ianya hanyalah bersifat sementara, kerana kesan berikutnya adalah kesusahan dan penderitaan berpanjangan.

    Jika pembangkang memerintah;

    1. GST dihapuskan.
    2. BRiM ditambah baik
    3. Rakyat tidak akan dibebankan

    Ianya adalah jaminan dari Tun Dr. Mahathir, bekas perdana menteri Malaysia yg pernah membawa agama, bangsa, negara kepuncak kegemilangan.

    Fikirkan juga masa depan anak anak kita jika hari ini negara mempunyai pemimpin dan mentadbir, memerintah yg menyamun, merompak wang dan harta negara serta menipu, membohongi rakyat berulang ulang kali, tidak bercakap benar.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com