innity

pages

Friday, February 3, 2017

Chef Wan Tegur BUDAYA RAKYAT M'SIA: Suka Tinggalkan SAMPAH Atas Meja


Malaysia antara negara Asia yang terkenal dengan budaya adab dan sopan. Dalam Rukun Negara ke-4 jelas menunjukkan Malaysia mementingkan kesopanan dan kesusilaan.
Namun, bila kita lihat situasi sebenar di Malaysia, tidak semua mementingkan kesopanan.
Baru-baru ini, di laman Instagramnya, selebriti chef terkenal, Chef Wan meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang malas untuk membuang sampah selepas makan dan tindakan tersebut sangat mementingkan diri.

Perangai rakyat Malaysia suka biarkan sampah atas meja

“Saya menonton filem ‘Split’ petang semalam, memang kena split pun kepala otak nak ikut jalan cerita tersebut! Kemudian saya menikmati KFC untuk makan malam.
“Apa yang saya tak faham, saya lihat ramai orang akan meninggalkan sampah di atas meja selepas makan dan mengharapkan orang lain yang akan duduk disitu membersihkannya.
“Belah kiri saya 3 wanita India bersama ibu mereka pun lakukan perkara yang sama. Dah la dengan keadaan restoran yang sangat sibuk. Apa la salah kita menguna kan sedikit sifat timbang rasa untuk saling membantu sesama manusia yg lain. Ini tidak mereka lebih menenting kan diri mereka.

Mak bapak tolong ajar anak-anak bersihkan sampah sendiri

“Servis perkhidmatan restoran berbeza berbanding restoran makanan segera. Pekerja mereka tak banyak untuk lakukan servis meja dalam masa yang sama untuk kurangkan kos. Tapi, ramai diluar sana tidak boleh berfikir atau membezakannya.”
“Jadi ia merupakan ihsan sebagai rakyat Malaysia kita perlu bersihkan ‘sampah’ sendiri. Mak bapak, jika perlu tolong ajar anak-anak tu ambil dulang sendiri dan buang sampah di dalam tong sampah. Ini tidak setengah Mak bapak pun perangai sama sahaja!

Orang sekarang tak beradab, pentingkan diri & kurang ajar

“Saya perasan orang zaman sekarang tidak beradab, tidak sensitif terhadap orang lain dan bersikap pentingkan diri. Perilaku tersebut sangat mengjengkelkan dan kurang ajar. Masing-masing cuma tahu nak senang kan diri aja tanpa memikir hal orang lain.
“Sesiapa yang berkelakuan sebegini, cuba kalau kena dekat diri sendiri dan anda perlu bersihkan meja sendiri atau keluarga anda, apa rasanya? Kalau tak nak orang buat dekat kita, jangan buat dekat orang lain sama. Susah sangat ke nak faham adat sopan santun kita ini?”
“Sila belajar untuk memupuk rasa tanggungjawab dan berfikiran sivik. Mcaam juga ketandas awam bersih la untuk penguna yang lain. Ini tidak, di taman-taman pun suka tinggalkan sampah sarap. Bila kita bersuara lantang memang org yg termakan lada ini akan berdesing telinga mereka mula la kita di kutuk balik pada hal ini perkara yg benar.”

5 comments:

  1. Cuba bandingkan keadaan disini dengan keadaan di Republik Rakyat China...sama kan?. Sendindi mau ingat la...

    ReplyDelete
  2. Memang orang Malaysia manusia tidak beradab.
    Bukan takat berak tak flush, makan tak buang sampah,
    bahkan parking main letak kereta semborono, masuk
    ke kawasan orang lain, menyebabkan semua orang
    terperangkap, akibat perbuatan 1 orang yang
    mementingkan diri.
    Parklah kereta betul=betuil ke dalam kotak yang
    disediakan, bukan masuk ke kawasan sebelah,
    lepas tu tigngalkan je kereta tu tersadai.
    Patut pihak Majlis perbandaran, letak stiker
    saman untuk orang-orang yang letak parking
    tak betul.
    Menyusahkan orang betul.

    ReplyDelete
  3. Rata2 kebanyakan org M'sia sekarang ni, tak kira bangsa, memang dah tak ada adab. Bukan saja waktu memandu atau parking, waktu berjalan pun tak ada 'civic minded' langsung. Saya pernah ditanya oleh rakan sepejabat 'expatriate', kenapa org kat m'sia masa berjalan tak peduli org lain? Sikit pun tak bagi laluan untuk org lain jalan malah ada main langgar bahu saja? Saya tak tahu nak jawab apa, tapi saya perhatikan kat mall yg sesak macam klcc memang betul apa yg dia cakap tu.

    ReplyDelete
  4. anom2 kat atas tu komen pasal parking ke atau tk clear sampah? kalau pasal parking tunggu lain bab.

    ReplyDelete
  5. Restoran2 mknan sgera sptutnya lebih berhemah dlm mebguruskn plngan dn kotoran.. mknan yng dmkn bkn nyer murah.. mahal2 jdi sptutnya peniaga lebih smart dlm mnguruskn mslah smph.. ini x sma dgn restauran2 rakyat yng lain..lain

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com