innity

pages

Thursday, February 16, 2017

Artikel terkini blog Tun M (Versi BM) ANTARA BMF & 1MDB

ANTARA BMF & 1MDB
1. Secara tiba-tiba Pemuda UMNO mahu skandal BMF 40 tahun lalu disiasat melalui Suruhanjaya Diraja.

2.Kebanyakan Pemuda UMNO masih belum lahir waktu ini ataupun masih budak lagi ketika skandal BMF menjadi tajuk berita. Jelas sekali beberapa orang tua telah menanam sesuatu di dalam kepala mereka. Asas dibangkitkan semula skandal BMF adalah bertujuan utk mengalih perhatian daripada skandal serius berkenaan 1MDB dan 2.6 bilion Ringgit di dalam akaun Najib.
3. Tidak ada bandingan munasabah antara BMF dan pengendalian saya terhadap tuduhan ini berbanding Najib dan penyalahgunaan kuasa serta kerugian berbilion Ringgit dari wang 1MDB. Juga, saya tidak punyai wang berbilion Ringgit di dalam akaun peribadi. Kerugian dalam BMF adalah disebabkan pengurusan pinjaman yang tidak cekap oleh BMF. Penyebab hal ini telah dikenalpasti dan tindakan undang-undang telahpun diambil oleh pihak berwajib.
4. Skandal BMF bermula sebelum zaman saya dan saya pasti siasatan telah dilaksanakan oleh badan penyiasat yang diketuai oleh Tan Sri Ahmad Nordin, Ketua Audit semasa itu.
5.Laporan beliau telahpun diterbitkan dan boleh didapati secara awam. Ianya tidak diperbuat sebagai rahsia rasmi bagi menyembunyikan apa yang diperkata tentang saya. Saya pasti laporan ini boleh diakses oleh sesiapa pun, termasuk Pemuda UMNO sekarang.
6.Kemudiannya terdapat Kertas Putih dibentangkan dan didebatkan di Parlimen. Tidak ada seorang pun mencadangkan saya didakwa atas jenayah yang melibatkan BMF.
7. Kesemua mengenai BMF dikeluarkan secara terbuka agar pihak pembangkang boleh meneliti dan membuat dakwaan terhadap saya sekiranya saya dikaitkan. Prosiding boleh didapati di dalam hansard dan sesiapa sahaja boleh mengaksesnya. Ianya tidak diletakkan di bawah OSA, tidak seperti laporan siasatan terhadap 1MDB dan Najib.
8. Di bawah Najib, 1MDB meminjam berbilion Ringgit pada kadar faedah dan komisen yang tinggi. Dia membeli loji janakuasa yang mana lesennya bakal luput serta melepasi harga pasaran. Kemudiannya dia menjual kesemua loji janakuasa kepada syarikat asing menyebabkan kerugian yang amat besar.
9. Laporan 1MDB oleh Bank Negara dan SPRM telah dihentikan oleh Peguam Negara yg baru dilantik yang kemudiannya diisytiharkan sebagai rahsia rasmi.
10. Sama juga dengan laporan Ketua Audit Negara yang diisytiharkan sebagai rahsia rasmi.
11. Dengan meletakkan di bawah OSA menyebabkan segala bukti disembunyi. Bahkan memetik daripada laporan ini juga dikira sebagai melanggar OSA. Tetapi undang-undang mengatakan menyembunyikan bukti adalah jenayah. Mahkamah perlu disoal bagi menentukan sama ada menyembunyi bukti dikira kurang jenayah berbanding memetik dari bukti yang disembunyikan secara jenayah.
12. Saya terima Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat apa sahaja yang dilakukan saya semasa pentadbiran saya.
13.Tetapi Najib dan Pemuda UMNO juga perlu bersetuju dengan Suruhanjaya Diraja diadakan untuk menyiasat penubuhan, pinjaman dan kerugian dialami oleh 1MDB. Kesemua bukti, termasuk laporan sebelumnya perlu diserahkan kepada Suruhanjaya.
14. Jika Pemuda UMNO tidak bersetuju Suruhanjaya Diraja yang bebas diadakan terhadap 1MDB, saya beranggapan Najib bersalah seperti yg didakwa sebelum ini.
15. Keadilan bukan sahaja perlu dilaksanakan tetapi perlu dilihat dengan jelas bagaimana ianya dilaksanakan.

1 comment:

  1. Tak sabar nak tunggu komen salleh biawak dan rahman bangang. Pendekar kota belud yg gila punya bodoh. Nazri tak mungkinlah pasal dia pun tak paham apa yg jadik. Kita tungguuuuuuuu ...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com