innity

pages

Thursday, February 23, 2017

Apa Jasa Gangster Hingga dapat Dato' Seri, Dato'

Ketua Geng 24, Dato' Seri Ng Chian Sia
DUA hari lepas seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Ng Chian Sia didakwa di Mahkamah Sesyen, Pulau Pinang atas tuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah te­rancang, Geng 24 Pulau Pinang. 

Datuk Seri Ng yang mengetuai Geng 24 Pulau Pinang itu dituduh bersama 21 konco kumpulan berkenaan.

Dia kena tangkap di sebuah kasino.

Penolong Ketua Geng 24, Mendiang Dato' Ong Teik Kwong (mati dibunuh)

Kalau korang ingat kes bulan lepas seorang gangster yang mati kena tembak di Penang tu, Dato' Ong Teik Kwong. itulah pembantu dia.

Makna kata, dalam kumpulan gengster 24 ni, ketuanya pemegang darjah kebesaran Dato' Seri dan penolongnya bergelar Dato'. Untuk rekod, Datuk Teik Kwong yang mati itu baru berusia 32 tahun!

Aku dah tak tau nak cakap apa. Benda ni dah jadi bualan orang ramai sejak dulu lagi, namun samseng-samseng ni masih boleh terlepas 'masuk' dalam istana serta mendapat gelaran-gelaran kebesaran yang kita difahamkan dulu hanya diberi pada mereka yang banyak menabur jasa. 

Apa jasa ketua-ketua ganster ini agaknya?

Aku simpati pada mereka yang benar-benar layak menerima anugerah-anugerah kebesaran seperti Datuk ini kerana lama-kelamaan masyarakat pasti akan mula skeptikal dan sinis dengan anugerah yang diterima mereka.

Dan sebagai rakyat biasa, kita hanya mampu melihat sajalah dengan hati yang remuk dan kecewa dengan apa yang berlaku. 

Moga akan ada perubahanlah selepas ini kerana kalau perkara ini dibiarkan berterusan, entah malaun manalah pulak yang akan gapat gelaran yang sama selepas ini, haih!

21 comments:

  1. Tak tau lah nak kata apa lagi ??

    Tu tak termasuk taukay judi haram , taukay dadah , taukay rumah urut , taukay rumah 'nunut' dan jangan lupa 'along-along' yang bertaburan .

    ReplyDelete
  2. Hak tukang beri Dato' tu bodo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cakap you, bodoh piang sb nak ampu dpt free money, bangsat betoi!

      Delete
    2. Masyuk maa, latuk aa sangat

      Delete
  3. Yg beri tu melayu bahlol bangsat pemakan duit haram cina

    ReplyDelete
  4. yg beri ni melayu x sedar diri. lepaskan tekak diaorang aje. maruah letak bawah kaki. dulu jadi barua british. skrg barua duit. esok dah kena tolak jatuh baru menyesal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita kene tahu serba sedikit proses kurnia gelaran..pd kebiasaan nama bakal dikurnia darjah kebesaran ..sebagai contoh di negeri Pulau Pinang..ia bermula dari permohonan individu berkenaan..
      Kemudian disokong dan diluluskan oleh pejabat ketua menteri ..kemudian dibawa oleh wakil istana yg dilantik untuk di persembah kpd YDP ..
      Pada kebiasaannye YDP Negeri menerima saja sokongan pej ket menteri. Itulh sistem tapisan yg dibuat dpkt agens>pej KM> bhg istiadat> wakil YDP ..Kemudian last barulh Yg Dipertuan Negeri endorse..utk kurnia..
      Ini bermkna YDP Melayu adalah pkt tetinggi yg terima nama setelah bbrapa lapis tapisan..
      ... ironinye siapa yg trlibat dlm proses tapisan dan meluluskn..
      Sblum sampai ke YDP Negeri utk Anugerah

      Delete
  5. Sebenarnya si penilai harus peka dan jujur, baru segala ini tak berlaku tetapi disebabkan kouta pulak jadi tekanan pada pihak penilai.... Cuba Amanah dgn tugas yg dipikul....InsyaAllah semua berkat.

    ReplyDelete
  6. 1je pokok pangkalnya... adalah pemerintah

    ReplyDelete
  7. Dato dr mana depa dpt tu?sekadar bertanya

    ReplyDelete
  8. Permulaan dari Daro Seri Najis

    ReplyDelete
  9. Bak kata orang sekarang, cuba baling 10 batu ke orang ramai.. 4 confirm kena kat Dato' n 1 satu kena kat Tan Sri...

    ReplyDelete
  10. Semua negeri kurniakan anugerah dan diperingkat pusat pon kurniakan malah ada satu negeri yang beri sampai lebih 800, kalau setahun berapa ribu ?. Yang dah masuk jel gelaran masih terpakai !
    Kalau tak silap Sultan Selangor bataskan jumlah kurniaan dan ia harus dicontohi. SPRM patut siasat mereka yang rekomen nama-nama untuk dapat anugerah, tidak mustahil ada yang menyogok

    ReplyDelete
  11. Semua negeri kurniakan anugerah dan diperingkat pusat pon kurniakan malah ada satu negeri yang beri sampai lebih 800, kalau setahun berapa ribu ?. Yang dah masuk jel gelaran masih terpakai !
    Kalau tak silap Sultan Selangor bataskan jumlah kurniaan dan ia harus dicontohi. SPRM patut siasat mereka yang rekomen nama-nama untuk dapat anugerah, tidak mustahil ada yang menyogok

    ReplyDelete
  12. Semua negeri kurniakan anugerah dan diperingkat pusat pon kurniakan malah ada satu negeri yang beri sampai lebih 800, kalau setahun berapa ribu ?. Yang dah masuk jel gelaran masih terpakai !
    Kalau tak silap Sultan Selangor bataskan jumlah kurniaan dan ia harus dicontohi. SPRM patut siasat mereka yang rekomen nama-nama untuk dapat anugerah, tidak mustahil ada yang menyogok

    ReplyDelete
  13. SPRM patut siasat mereka yang mencadangkan nama-nama untuk dapatkan darjah kebesaran.

    ReplyDelete
  14. Tun juga yg bgus.. snggup utamakn rakyat dri dirinya.. masih lagi nk berjuang.. ������

    ReplyDelete
  15. Jamal pak tongkol pon ada dato ok!!! Ntah apa ntah jasa dia utk org2 negeri selangor

    ReplyDelete
  16. SPRM pusat kena cekup banyak VIP terutama Penang mali termasuk YDP, ketua2 menteri. Kalau tidak, gelaran 'tan sri' bakal diterjemah kepada maksud 'ketua gangster'.

    CEGAH SEBELUM PARAH.

    ReplyDelete
  17. dap punya kerja bagi pingat nie, cilakak butui

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com