innity

pages

Wednesday, February 1, 2017

[ALLAH HU AKHBAR] Kenyataan Jawatankuasa Induk Bersama PAS-PPBM


Mesyuarat Jawatankuasa Induk Bersama antara Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah berlangsung hari ini di Kuala Lumpur dan berjaya menghasilkan persefahaman antara kedua-dua pihak. Delegasi PAS diketuai oleh YBhg Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS dan PPBM diketuai oleh YB Dato’ Seri Mukhriz Mahathir, Timbalan Presiden PPBM.
Mesyuarat hari ini telah memperhalusi deraf rangka kerjasama persefahaman politik PAS-PPBM dalam menghadapi PRU 14 dan beberapa ketetapan positif telah diambil dalam usaha untuk memeterai kerjasama antara kedua-dua parti.
Rangka kerjasama antara PAS dan PPBM akan diperhalusi oleh pimpinan tertinggi kedua-dua parti untuk ditandatangani oleh Presiden kedua-dua parti pada satu tarikh terdekat.
Sehubungan itu, mesyuarat hari ini juga telah bersetuju untuk membentuk sebuah Jawatankuasa Teknikal Bersama PAS-PPBM untuk mengambil tindakan susulan atas keputusan-keputusan yang dipersetujui oleh kedua-dua parti.
DATO’ TUAN IBRAHIM TUAN MAN                 
Timbalan Presiden PAS                                        
YB DATO’ SERI MUKHRIZ MAHATHIR
Timbalan Presiden PPBM
1 Februari 2017

5 comments:

  1. Bila tarikh akhir utk perhalusi kerjasama ni. Ini tektik melengah2kan. Forget pas. Kena star beri penerangan kpd pengundi gahungan PH Bersatu

    ReplyDelete
  2. ALLAH HU AKBAR!

    ALHAMDULLILLAH! ALHAMDULLILLAH! ALHAMDULLILLAH!

    KETEPIKAN PERSENGKETAAN KAMU SEMUA! BERUNDING, BERMESYUARAH DAN BERBINCANG! BERKONGSI KUASA DIANTARA KAMU SEMUA! INILAH INDAHNYA ISLAM DAN DEMOKRASI!

    MATLAMAT KITA ADALAH SATU, TUMBANGKAN BIJAN DAN SEMAH! HAPUSKAN KORUPSI DAN PENYELEWENGAN!

    UMNO WAJIB DITUMBANGKAN! RAKYATLAH YG BERKUASA!

    DEMI AGAMA BANGSA TANAHAIR DAN MASA DEPAN ANAK2 KIRA!

    ReplyDelete
  3. Walau apa sekalipun, jika ppbm, amanah, pkr, dap dan pas bercakaran, bertumbuk, hempas meja, baling kerusi sekalipun didalam sebuah mesyuarat kerana masing2 bertengkar dengan pendapat dan ideolagi mereka...

    Apa yg lebih penting adalah ;

    1.kebajikan dan nasib rakyat dipelihara dan dijaga!
    2.Tumbangkan bijan dan semah!
    3.hapuskan korupsi dan penyelewengan!

    Lebih baik berbeza pendapat dari mengangkat senjata sehinggakan rakyat teranaiya dan ditindas!

    Ambil ihtibar PRK k.kangsar dan sg besar sebagai panduan kamu semua!

    Ayuh rakan seperjuangan sekalian, rapatkan saf, tumbangkan bijan, semah dan umno KORUP!!!

    Bukankah ini impian kamu semua? Bukankah ISLAM itu indah? Sistem demokrasi yg adil?

    Kita semua perlu berlapang dada dan berjiwa besar!!!

    ReplyDelete
  4. jgn tunggu lama. Bincang la, tilik, la..yg penting perhati dikepala.
    Yg dililit itu Serban atau Ular ?!

    ReplyDelete
  5. pemimpin pas seduit pun tak boleh percaya sejak azali lagi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com