innity

pages

Saturday, February 18, 2017

20 peserta Himpunan RUU 355 PENGSAN, STROK HABA


KUALA LUMPUR: Lebih 20 peserta Himpunan RUU355 dikejarkan ke Khemah Rawatan Kor Medik dan Penyelamat Jabatan Amal Malaysia di Padang Merbok untuk menerima rawatan akibat strok haba dan pengsan. 

Komander Perubatan Lapangan Himpunan RUU355, Baharuddin Roz, berkata cuaca panas terik dan keadaan padang yang sesak menyumbang kepada berlakunya kes strok haba dan pengsan. 

"Selain itu, kita juga merawat peserta yang mengalami kemalangan kecil seperti terjatuh. 

"Kita menyediakan 12 katil rawatan di khemah khas rawatan dengan dibantu 300 pertugas terdiri daripada doktor perubatan termasuk doktor pakar, pembantu perubatan, jururawat dan paramedik," katanya ketika ditemui BH. 

Katanya lagi, dua buah ambulans disediakan untuk dikejarkan ke lokasi di mana pesakit berada untuk dibawa ke khemah khas itu untuk dirawat. 


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman, berkata keadaan di Padang Merbok masih terkawal walaupun dianggarkan lebih 20,000 peserta perhimpunan kini berkumpul di situ. 

Katanya, sehingga jam 6 petang tadi, sebahagian daripada Jalan Parlimen masih ditutup untuk semua kenderaan. 

Jumlah peserta perhimpunan kini meningkat kepada lebih 20,000 orang," katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi. - BH 

1 comment:

  1. setakat pengsang belum shahid lg. sedar nanti boleh gi shopping teruskan rombongan makcik kiah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com