innity

pages

Monday, January 30, 2017

VIRAL: Pokok Import dari Brasil berharga RM180,000 sebatang di tanam di Terengganu

Tiga pohon ‘benang sutera’, atau Ceiba chodatii, yang dianggap mercu tanda bandar Kuala Nerus menjadi kerana difahamkan ia berharga RM180,000 sebatang. — Foto ihsan Facebook/Zakaria Dagang 
KUALA TERENGGANU, 30 Jan — Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu menafikan pembelian pokok Ceiba chodatii yang menjadi mercu tanda Bandar Baharu Kuala Nerus melibatkan sebarang kos kewangan kerajaan negeri.
Pengarah JKR Terengganu Ir Ab Hamid Md Daud sebaliknya berkata pembelian pokok yang diimport dari Brazil itu ditanggung kontraktor utama projek itu dan ia juga tidak termasuk dalam skop projek.
“Sehubungan itu, orang ramai diminta tidak lagi membuat sebarang spekulasi liar berhubung isu pokok berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Isu pokok ‘benang sutera’ berkenaan tular di media sosial selepas orang ramai mendakwa penanaman tiga batang pokok berkenaan sebagai mercu tanda bandar Kuala Nerus merupakan satu pembaziran kerana difahamkan pokok berkenaan berharga RM180,000 sebatang.
Sementara itu pergerakan Pemuda Umno Terengganu dalam kenyataan berasingan menggesa kerajaan negeri supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah berhubung isu pokok berkenaan.
Ketuanya Mohd Johari Abu Bakar berkata tuduhan tidak berasas itu dibuat oleh seorang pemilik akaun Facebook yang mendakwa kononnya menteri besar terlibat dalam isu tersebut.
“Tindakan undang-undang perlu diambil kerajaan negeri supaya dapat memberi pengajaran kepada orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya membuat fitnah menerusi media sosial.
“Pemuda Umno Terengganu memandang serius gejala fitnah yang semakin membarah dalam media sosial.
“Saya mengharapkan agar kerajaan negeri akan dapat segera memulakan proses undang-undang bagi membawa si pelaku ke muka pengadilan,” katanya. — Bernama 
- themalaymailonline

9 comments:

  1. aik?! siwp yg panas ni? mmg kos tinggi, bazir, maka bwgus lah dibawa pengethuan umum. Soalan lebih utama:
    Kontraktor tu siapa?
    Mungin dia niat baik?
    Dah tanya dia?
    Ini tidak ...nwk ditangkap peniuo wisel.
    Alahai kan integrity tu tuntutan, mcm bonceng motosikal juga..apa punya mengai

    ReplyDelete
  2. Pembekal hulur hamper CNY pun ditegah. Apatah lagi pokok besar gajah ni. Kenape tak impot Arapaima dengan Piranhna sekali..

    ReplyDelete
  3. MEMANG LE TAK MASUK DLM SKOP PROJEK ...DITANGGUNG OLEH KONTRAKTOR.....TAPI TENGOK PADA PAYMENT LAST ATAU TAMBAHAN KERJA ....TAK KAN KONTRAKTOR NAK TANGGUNG DENGAN KEADAAN EKONOMI SEKARANG BUKAN KECIK ANAK RM180K....

    PENGARAH JKR NEGERI JGN LE BERI JAWAPAN MACAM MENTERI CAP AYAM YANG ADA DALAM KABINET PM SEKARANG....RAKYAAT SEKARANG BUKANNYA BODOH DAN BUTA TULI...

    ReplyDelete
  4. Nak tau jugak nama kontraktor yg tanggung bil pokok tu...apakah gerangan musabab sanggup beli 3pokok utk hiasan...

    ReplyDelete
  5. Projek pokok depu di Kelantan semasa Husam jdi exco dulu pun habis berjuta ringgit tpi hasilnya tak nampak..tinggal kenangan begitu je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 153, last ko pakai tiang tadi tu...ko letak kat mana?

      Delete
  6. Tak tahu le kalau projek harga 1B jadi 2.6B......mana-mana kontraktor pun sanggup bayar bukan 3 batang poko harga RM540k tapi lebih pun boleh....tak ada hal punya ...janji masyukkkkkkkkk

    ReplyDelete
  7. Ramai yg menyokong kaki fitnah. Patutla cerita palsu mudah viral.

    ReplyDelete
  8. Anon 10:12,

    Sanggupkah anda sebagai kontraktor mengeluarkan Kos RM540K percuma tanpa ada udang di sebalik batu?????

    Dengan keadaan ekonomi di Malaysia yang tidak menentu , dengan harga minyak semakin naik tak berkemungkinan harga barang-barang lain juga akan naik, sanggup kah anda memberi percuma RM540K...fikir-fikirkan lah .....

    Rasanya kes ini bukan kes FITNAH atau PALSU.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com