innity

pages

Tuesday, January 24, 2017

[VIDEO] Kit Siang masih tunggu jawapan Haji Hadi


Penasihat DAP, Lim Kit Siang masih menunggu jawapan daripada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung kesediaan untuk bekerjasama dengan parti Islam itu.

Beliau berkata demikian dalam sidang media hari ini.

Dua hari lepas, Lim berkata, beliau sedia bekerjasama jika presiden PAS itu memuktamadkan perjanjian bahawa keutamaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 adalah untuk menyelamatkan Malaysia daripada menjadi kelptokrasi global dan sebuah negara gagal.

Beliau berkata ini mungkin akan menjadi agenda negara dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang, dan bertanya jika Abdul Hadi bersedia menyatakan komitmennya.

Bagaimanapun, Lim kemudian menjelaskan bahawa ia hanya pandangan peribadi beliau dan ia masih belum dibincangkan oleh jawatankuasa pusat DAP.


1 comment:

  1. Melihat Situasi sekarang ni kami rakyat marhaen tak berapa faham....

    Siapakah yg berjiwa besar?

    Orang kafir? (Lim kit siang) atau orang islam (Hj Hadi)?

    Siapa yg sepatutnya menunjukkan jalan kebenaran dan berjiwa besar ni?

    Boleh mufti perjelaskan?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com