innity

pages

Sunday, January 29, 2017

[VIDEO] Khaled Samad 'SEMBAH' Ayam dalam Video Teresa Kok?

Pengarah Komunikasi parti Amanah Negara (Amanah) Khalid Samad tampil memberikan penjelasan mengenai gambar kononnya beliau sedang ‘menyembah’ seekor ayam putih yang dikurung di dalam sangkar.
Gambar yang mula tersebar di media sosial sejak semalam itu adalah daripada rakaman video yang diterbitkan Ahli parlimen DAP Seputeh Teresa Kok sempena Tahun Baharu Cina 2017 yang merupakan tahun ayam.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Shah Alam menjelaskan, mengikut bahasa Cina, perkataan Na (that) Ji bermaksud ayam yang kebetulan bunyinya sama seperti Najib.
Video berdurasi kira-kira enam minit itu berkaitan kisah ayam (Na Ji) yang jahat dan selalu merugikan tuannya.
Tuannya menyerahkan ayam itu kepada Teresa kerana tidak mampu lagi membela ayam tersebut.
Tiba-tiba semasa menerima ayam itu, ia terlepas lari lalu mereka semua mengejarnya semula dan berjaya ditangkap semula.

"Saya muncul pada minit ke lima ke depan tangkap ayam (Na Ji) dan masukkan dalam sangkarnya.
"Foto terakhir itu ramai ucapkan Gong Xi Fa Cai pada Na Ji dalam penjara. Bukan sembah. Gong Xi Fa Cai yang disebut bukan kata-kata penyembahan," jelasnya hari ini.
Selain Teresa, dua lagi aktivis DAP turut berlakon dalam rakaman tersebut, iaitu Eddie Ng Tien Chee, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Balakong Eddie Ng Tien Chee Adun DAP Kinrara Ng Sze Han selain Ahli Parlimen PKR Pandan Rafizi Ramli.
Gambar yang diambil dari video tersebut mendapat reaksi negatif di media sosial terutamanya daripada penyokong Pas.

5 comments:

  1. Jom kota cari dan kejar ayam yg curi rm44 bilion tu sama2 dulu.. ada berani lapigi???...

    ReplyDelete
  2. Penjelasan yg baik dan tujuan yg baik, maksudnya adalah nak tangkap si bijan tuh...

    Malangnya disk otak pencacai dah rosak, beyond repair, tak pasal2 dan mudah sangat cop "bertentangan dengan islam"

    Mari kita hayati kenyataan mufti
    WP :

    ""Maksud “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan menyinggung perasaan umat Islam tentang kepercayaan dan amalan mereka.""

    Maksud mufti jelas, dan nawaitu khalid samad juga adalah jelas, tujuannya adalah untuk menangkap ayam yg terlepas dari sangkar sekaligus membawa maksud menangkap penjenayah yg terlepas seterusnya menghumban masuk semula ke DALAM JAIL!!!

    Inilah akibatnya pencacai makan dedak (dedak untuk binatang sahaja) sumbat benda haram dan berlawanan dengan hukum.

    ReplyDelete
  3. Hmmm...rasanya DAP tak pernah tuntut jawatan TPM, TETAPI MCA pernah ugut bijan jawatan TPM.

    ReplyDelete
  4. kalau nak pileh pemimpin pileh lah pemimpin yang tidak disukai oleh orang kafir

    ReplyDelete
  5. Orang tak pandai menilai mesej video di atas adalah manusia yang walaupun dianugerah Allah otak untuk berfikir, tapi sebab makan terlalu kenyang dengan dedak dan 91 juta masyuuk.....tak dapat maksudnya..

    Sungguh hina manusia2 ini

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com