innity

pages

Friday, January 13, 2017

UniKL juga pernah taja Kejohanan Hoki PIALA SULTAN JOHOR bagi Tahun 2014 & 2015


UniKL telah dikesan menaja Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor bagi tahun 2014 dan 2015.

Pada tahun 2014, UniKL telah menaja sebanyak RM40,000.00. Manakala pada tahun 2015 pula sebanyak RM50,000.00.

Semasa Majlis Pelancaran Kejohonan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun Piala Sultan Johor 2015, Menteri Besar Johor, Khaled Nordin mengucapkan terima kasih kepada penaja-penaja termasuk juga UniKL.

Kata Khaled "maka,kita amat berterima kasih dan menghargai kerjasama dan sumbangan besar para penaja kita. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan diucapkan kepada:
a. Kerajaan Negeri Johor (RM500,000)
b. Radio Televisyen Malaysia (RTM) (RM200,000)
c. Astaka Padu (RM200,000)
d. Kementerian Belia dan Sukan (RM100,000)
e. Tenaga Nasional Berhad (RM100,000)
f. Johor Corporation (RM100,000)
g. UEM Sunrise (RM100,000)
h. Atlan Holding Berhad, menerusi anak syarikatnya, Naluri Properties (RM100,000)
i. UM Land (RM100,000)
j. JBB Builder (RM100,000)
k. Genting Berhad (RM50,000)
l. Iskandar Waterfront (RM50,000)
m. UniKL (RM50,000)
n. SAJ Holdings (RM50,000)
o. BCB Berhad (RM10,000)"

Adakah Menteri Juga Tidak Tahu Penajaan UniKL bagi Kejohanan Hoki Sultan Johor?

Hari ini, ekoran pendedahan TMJ, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) menangguhkan sebarang bentuk penajaan tahun ini.

"Saya akan dapatkan laporan lebih terperinci dari UniKL dan Mara. Seperti saya kata saya tak dimaklumkan mengenai perkara ini.
"Apa-apa pun saya akan dapatkan laporan.

“Cuma untuk sementara waktu ini, sebarang penajaan mesti tunggu dulu. Biar saya tengok,"
 beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
Annuar Musa Jawab TMJ: Mara tak pernah taja TRW satu sen pun!
"LUCU sangat-sangat. Jawab salah tak jawab salah." Demikian respons bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa di laman sosial Facebooknya.

Kenyataan itu disertakan bersama penafian Annuar berkaitan dakwaan yang mengaitkan beliau dengan penyaluran wang Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) kepada pasukan bola sepak Kelantan

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu sebaliknya berkata, Mara tidak pernah menaja The Red Warrior (TRW) tetapi diberikan penghormatan oleh agensi itu.

"Untuk makluman semua Mara tidak pernah menaja TRW walau satu sen, logo Mara 50 tahun dipamer dilengan Jersi TRW 2016 diberi percuma kepada Mara, walaupun ruangan itu bernilai RM250,000 kalau untuk syarikat Sdn Bhd lain, ianya satu penghormatan kepada Mara dan TRW," tulisnya

Mengenai UniKL pula, Annuar berkata, ia merupakan sebuah syarikat swasta yang bermakna universiti swasta itu tidak pernah menaja atau memberi biasiswa kepada pelajarnya.

"Jadi tidak timbul ianya menggunakan dana biasiswa/tajaan, sebagai syarikat swasta ianya mempunyai polisi sendiri terutama dalam soal penjenamaan,promosi,pemasaran dan lain-lain, mereka punya belanjawan khusus untuk itu," katanya lagi.

Ujarnya, UniKL sudah lama terlibat dalam penjenamaan dan pemasaran melalui sukan khususnya hoki dan bolasepak, ini kerana sasarannya adalah untuk menarik perhatian anak muda, begitu juga syarikat Sdn Bhd Mara yang lain.

"Mereka punya bajet, dasar dan presedur tersendiri, semuanya tidak melalui paksaan, titah, sabda dan sebagainya," katanya.

"Jadi sahabat FB ku sekalian, saya berikan fakta ini untuk anda semua termasuk kawan media saya, pemberian fakta ini supaya anda boleh menyemak sumber," katanya.

Katanya lagi, dalam isu ini beliau tidak berminat untuk terjebak dalam polemik dengan mana-mana individu, kerana baginya mereka semua adalah rakan-rakannya.

"Sebagai kawan kita dah kenal sesama kita, kalau kawan silap kita tak usah panjang panjang. Kita maafkan sahajalah," ulasnya lagi.

15 comments:

  1. Menaja sesuatu tanpa ada kepentingan tu tak pe. Ni bukan masalah penajaan. Ini masalah salah guna kuasa. anuar musa sebagai pengerusi BPM pada masa yang sama adalah presiden KAFA. itu org marah..

    ReplyDelete
  2. Selagi orang politic yg terajui apa apa juga persatuan sukan ia akan berakhir jahanam..... sbb political mileage. ... just read my lips
    ......................J.A.H.A.N.A.M .......

    ReplyDelete
  3. taja piala dengan taja pasukan 2 benda yg berbeza.

    ReplyDelete
  4. Salahguna kuasa & tak cekap mengurus duit Amanah. Pengkhianat bangsa.

    ReplyDelete
  5. Ha..ha...this is getting more interesting by the days.

    ReplyDelete
  6. Belit2 mcm ular la Anuar Musa....ckp aje la nak glamer...konon mcm penyelamat team Kelantan. Aku setuju politician ta patut pegang apa2 jawatan dlm persatuan sukan...mmg akan JAHANAM sebab depa semua nak glamer jer

    ReplyDelete
  7. Anuar musang tengok ayam baham semua
    Insyallah..pas kekal seluruh kelantan selamanya..

    ReplyDelete
  8. Haha..tak fhm isu...taja kejohanan dan sultan johor takda jwtn dlm MARA dan bukan pembuat keputusan MARA maka kes tak sama la Anuar.

    ReplyDelete
  9. Conflict Of Interest !

    ReplyDelete
  10. sorang cakap putar2, sorang lagi nak tunjuk dia la yang paling berguna. rakyat dok nganga nak sokong mana satu. tak payah, semua ada kepentingan. sorang yang kaya amat tu, dalam negeri pentadbiran dia dah tak ada orang miskin papa kedanakah? memang senanglah cakap kerana lahir ke dunia sahaja macam jatuh atas kepuk duit. tak bahis makan orang kata. tak rasa bagaimana susahnya orang mencari duit. tak rasa dan tak pernah rasa. so, tak payah la perang saraf tak tentu pasal antara orang politik dan anak raja berkait dunia bola sepak. orang politik kena jaga rakyat dan raja juga kena jaga rakyat. perang begitu bukan memberi faedah kepada rakyatpun. rakyat makin meluat adalah. macamlah bolasepak malaysia ni gah di dunia, rankingpun asyik dibodohkan timur leste, gegar cakap je lebih.

    ReplyDelete
  11. Makan dedak ke? palabutuhh anda la pakai tagline mencari kebenaran yang sebenar.

    ReplyDelete
  12. Piala sultan johor ni ada team UNIKL sekali. So, tkdehal la kot kalau UNIKL taja.

    ReplyDelete
  13. Patut la dia nak jadi Presiden FAM. KAFA ada hutang RM2 juta dgn FAM. Kira bole lupus le hutang KAFA kalau dia jadi Presiden FAM. Jadi hero lagi utk rakyat Kelantan.Damn politician!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com