innity

pages

Sunday, January 22, 2017

UNiKL iktiraf UEC: UMNO bakal hilang kepercayaan orang Melayu


23 Rabiulakhir 1438H, Ahad – UMNO berkemungkinan akan kehilangan kepercayaan daripada orang Melayu sekiranya keputusan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tan Sri Annuar Musa berhubung Universiti Kuala Lumpur (UniKL) mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai syarat kemasukannya diteruskan.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, ia tiada beza dengan apa yang dituntut oleh DAP sebelum ini jika hasrat Annuar itu diteruskan.
“Sebelum ini kita serang DAP tetapi kenapa kini ingin melaksanakan apa yang dituntut.
“Jangan hanya lihat dari sudut politik, kita perlu kembali semula ke prinsip utama iaitu kedaulatan, jangan hanya mengukur pada wang dan ekonomi,” katanya seperti dilapor Mingguan Malaysia, hari ini.
Annuar sebelum ini menjelaskan bahawa UNiKL universiti swasta yang telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menerima permohonan pemegang sijil UEC.
“Ramai yang terlepas pandang dan menyangka UniKL sebuah univesiti awam kerana ia di bawah Mara tetapi sebenarnya ia IPTS. Saya sudah periksa polisi UniKL dan sememangnya kita dibenarkan mengambil lulusan UEC dan pensijilan antarabangsa lain seperti O-Level,” kata Annuar, semalam.
Mengulas lanjut perkara itu, Ibrahim Ali mempersoalkan adakah Annuar telah merujuk perkara itu kepada ahli Majlis Mara dan mendapat kelulusan daripada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Kementerian Pendidikan Tinggi.
“UniKL adalah milik Mara dan apa jua keputusan dan dasar-dasarnya mesti diputuskan oleh Mara dan menteri yang bertanggungjawab walaupun ia beroperasi sebagai swasta. Malah dana dan bangunannya juga adalah milik Mara,” katanya.

1 comment:

  1. Itu masalahnya bila pentadbiran Najib tangkap muat sebab nak pancing sokongan.

    Setiusaha Agung UMNO dijadikan pengerusi MARA yg lbh rendah kuasa drpd Menteri KLBW tapi menteri Kemajuan Luar Bandarnya rendah kuasa dan pengaruhnya dlm UMNO pulak. Huhuhu.... Sekrg Anuar tak kisah pun dgn menteri.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com