innity

pages

Sunday, January 22, 2017

[UMNO CELARU] Alumni UniKL bantah Mara iktiraf UEC


23 Rabiulakhir 1438H, Ahad – Tindakan Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa, membenarkan pemegang Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), diterima masuk ke UniKL, bukan cara terbaik mempromosi universiti milik Mara itu, kata Yang Dipertua Persatuan Alumni UniKL, Muzammil Arif Kamaruddin.
“Saya tidak faham apa yang berlaku dengan Mara pada hari ini walhal agensi ini sepatutnya mempunyai pengerusi yang mampu membawa agenda Bumiputera secara berterusan dan relevan dengan perubahan persekitaran.
“Saya tahu bahawa UniKL memerlukan pelajar, tetapi ini bukanlah cara yang terbaik mempromosikan UniKL dengan membuka ruang seluas-luasnya kepada pelajar lulusan UEC,” katanya menerusi kenyataan disiar dalam laman Facebook alumni itu, hari ini.
UEC adalah Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah-Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia dikeluarkan oleh Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia. Kementerian Pendidikan tidak mengiktiraf sijil ini.
Pengiktirafan ke atas sijil ini sering menjadi tuntutan utama Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia (Dong Jiao Zong) dan ahli jawatankuasanya (Dong Zong).
Terdapat tiga tahap dalam UEC, iaitu Vokasional (UEC-V), Junior (UEC-JML/JUEC) dan Senior (UEC-SML/SUEC). Bahasa Cina menjadi bahasa pengantar bagi kurikulum dan peperiksaan UEC-V dan UEC-JML, manakala bahasa itu juta atau bahasa Inggeris adalah bahasa pengantar bagi subjek Matematik, Sains (Biologi, Kimia dan Fizik), Simpan Kira, Akaun dan Perdagangan.
Muzammil berkata, Mara sepatutnya berperanan di atas landasan yang betul selaku ‘socioeconomic engineering agency’ dan sentiasa relevan di atas fungsi utamanya, supaya agensi ini masih lagi relevan dan menepati kehendak komuniti Bumiputera.
“Saya merasakan kefahaman Pengerusi MARA tentang Konsep Universiti Teknikal Mara ini telah lari pada objektif asas penubuhan universiti ini.
“Jika Pengerusi MARA membuka ruang kepada pelajar lulusan UEC, ini akan mampu menutup ruang sebahagian besar anak-anak Bumiputera di peringkat pertengahan teknikal bagi meningkatkan pendidikan mereka ke peringkat tertinggi pendidikan Mara iaitu di UniKL.
“Semua orang tahu bahawa UniKL merupakan apex pendidikan TVET yang menyediakan pengajian anak-anak Bumiputera sehingga ke peringkat PhD bagi melengkapkan generasi baharu Bumiputera menghadapi cabaran akan datang,” katanya. - ismaweb

4 comments:

  1. Kami majikan tk ambil pekerja yg ada UEC ni,diorg ni tk tau ckp bahasa malaysia.

    ReplyDelete
  2. Bahana sukan jadi politik mileage. .. skg sijil UEC yg pelajar lansung x tau cakap b malaysia di amik oleh Mara... political mileage lagi kot...

    ReplyDelete
  3. Inilah kera jaan najib, gagal mentadbir negara, kepakaran nya hanyalah menyamun wang dan harta rakyat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com