innity

pages

Tuesday, January 31, 2017

Tokong kecil menyerupai masjid dirobohkan Hari ini

Kerja-kerja merobohkan tokong itu dilakukan pukul 9 pagi oleh Pejabat Tanah dan Daerah Klang dengan bantuan Majlis Perbandaran Klang.

SHAH ALAM - Sebuah tokong Cina kecil yang menjadi kontorversi kerana menyerupai masjid di Jalan Makyong 5E/KU5, Bandar Bukit Raja di sini telah dirobohkan pagi tadi.
Kerja-kerja merobohkan tokong itu dilakukan pukul 9 pagi oleh Pejabat Tanah dan Daerah Klang dengan bantuan Majlis Perbandaran Klang (MPK).
Pengarah Komunikasi Korporat, Norfiza Mahfiz berkata, tokong itu telah dibina secara haram di tanah kerajaan tanpa mendapat kebenaran daripada MPK dan Pejabat Tanah dan Daerah Klang.
"Pemilik tokong itu telah diberikan notis pada 24 Januari lalu yang telah tamat tempohnya kelmarin dengan pemilik berjanji akan merobohkan sendiri selepas Tahun Baru Cina.
"Bagaimanapun, didapati binaan berkenaan masih ada dan tindakan perobohan adalah mengikut Akta Parit dan Bangunan," katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. - K! ONLINE



2 comments:

  1. yang aku pelik ngan NGO Melayu Islam,,,Parti politik Melayu Islam,,,,pejuang Islam seperti PAS ...tak ada sekor pon buat laporan polis desak di ambil tindakan atas perbuatan provokasi dan menghina kesucian Islam

    ReplyDelete
  2. PAS tengah mabuk cinta ngan Najib daaa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com