innity

pages

Friday, January 20, 2017

TN50 TIDAK PERKASAKAN Islam dan Melayu sebagai teras negara: Ketua Pemuda Isma


Ketua Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad melahirkan kebimbangan terhadap visi yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang diberikan nama Transformasi Nasional 2050 (TN50).
Lukman berkata, perkara besar yang tertinggal dalam visi berkenaan ialah identiti Islam yang telah diiktiraf sebagai agama Persekutuan dan juga kebudayaan negara.
TN50 meletakkan agenda Islam hanya sebagai salah satu program dan kumpulan sokongan dan ia jelas menunjukkan TN50 telah mengenepikan identiti asas negara ini, katanya.
“Ya, terdapat program OIC Youth Capital sebagai salah satu program flagship (utama) dan juga kumpulan agama (merujuk kepada semua agama) sebagai salah satu kumpulan pakar yang akan memberikan kerjasama dalam menjayakan inisiatif ini, namun ia tidak memadai,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, pembangunan belia di negara ini harus berteraskan agama, manakala dalam konteks umat Islam hendaklah berasaskan tarbiah Islam yang holistik.
“Ada kerisauan negara kita menuju ke arah mengiktiraf semua agama dan budaya bangsa adalah sama dan setaraf, atas nama 1Malaysia.
“Saya melihat ada sedikit elemen ini dalam TN50 apabila teras negara iaitu Islam dan Melayu tidak diperkasakan.
Selain itu, beliau berkata, program 100 Budaya Malaysia pula akan menenggelamkan budaya Melayu sebagai budaya teras negara.
Walhal, Melayu merupakan bangsa dengan komposisi terbesar di Malaysia dan perkara ini jelas sangat bahaya dan memberikan gambaran yang silap kepada dunia tentang identiti negara kita.
“Saya sering tekankan, anak muda perlu dipandu dan dibangunkan jati diri mereka yang telah lesu. Kita bukan sekadar bertanya apa yang mereka mahu? Tapi paling penting bertanya apa yang mereka perlu?
“Menggarap hasrat dan misi golongan belia di Malaysia semata-mata adalah bahaya jika kualiti generasi yang dibina tidak dibangunkan terlebih dahulu.
Sehubungan itu, sejajar dengan kebimbangan beliau terhadap visi baharu menggantikan wawasan 2020 ini, beliau berkata, pemuda Isma komited untuk menyumbangkan pandangan dan idea dalam projek pembangunan negara yang baik ini.
“Harapan kami pandangan para NGO akan turut didengari secara serius sebagai input TN50,” katanya. - ismaweb

3 comments:

  1. ini baru peringkat awal... nti beri la idea utk penambahan idea bukan terus mengkritik......

    ReplyDelete
  2. Bodohlah ketua pemuda Isma ni....TN50 pun belum final lagi. Baru nk start n bincang. Siapa ada idea boleh bagi...

    PM pun dah arahkan TPM, Khir baharom dan Asyraf Wajdi utk bincangkan agenda Islam utk TN50....sabarlah...jgn asyik mengkritik bodoh ajer...

    ReplyDelete
  3. N50 dan visi 2020 spt sesuatu perkara yg berbeza. X faham lah apa yg nak ditukar. Patutnya ditambah baik je. Tp yelah nanti ada credit kt tun plak kan.

    Tp tu lah. Dah tetiba mcm tukar topik plak. Jadi bercelaru. Kalau dulu kita nak mewujudkan satu value yg kita sendiri developed kearah negara maju. Tp sekarang ni kita nak ubah value anak muda ikut cara yg lebih up-to-date lah konon.

    Dahla xdnampak fokus utk jamin peluang kerja kat diorg pun. Lebih kpd nk develop tools utk diorg guna masa akan dtg.
    Mcm yg dah berlaku kt jepun n korea sekrg ni lah. Dijangka negara diorg akan fail bila value yg dulu dah x wujud lagi. Biasalah kerja org barat lah tu.
    Tp diorg negara pengeluar produk2 yg satu dunia guna. So peluang keja tu ok lagi la.
    Negara kita ni mcmna plak?
    Mana ada negara maju yg bergantung dgn bisness org luar.
    Nampak mcm dh bercelaru kerjaaan skrg ni bila main cedok je falsafah2 pembangunan org luar. Pastu dicampur adukkan jadi satu formula. Macam negara yg baru merdeka plak. Masih tercari2 lagi.

    Yg aku nampak TN50 hanyalah satu proses utk mengubah value yg sediada drp semangat malaysia boleh kepada semangat malaysia cool, chill, hipster, aper2 roger. Semangat yg sama dpromote oleh negara barat utk merosakkan value org2 muda di jepun & korea.

    Kalau nk belajar ngan cina kena tgokla apa value yg diorg ada. cina awal lagi dh blok facebook, access internet dr luar, dll media yg bercanggah dgn value yg mereka ada. Mana boleh suka2 nak eksperimentasi plak. Visi 2020 dah cukup cun, tinggal nak add on skit mengikut perkembangan semasa. Yg peting value kita yg sediada diseimbangkan dengan keperluan dr generasi ke generasi.

    *Sayang sekali TN50 x yakin dgn value yg sediada dlm diri org islam dinegara ini.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com