innity

pages

Thursday, January 19, 2017

[TIADA ETIKA ILMU] MUFTI JAHIL 1MDB, tanpa Kaji, Terus Jatuh Hukum Wang 1MDB HALAL


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, para mufti tidak memiliki pengetahuan yang cukup mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk memutuskan samada duit daripada syarikat itu boleh digunakan untuk ibadat haji ataupun tidak.
“Sementara mufti mungkin arif dalam bidang agama, tetap jelas mereka tidak tahu dengan mendalam berkenaan 1MDB dan bagaimana Najib telah melakukan berbagai jenayah, termasuk mencuri duit 1MDB.
“Tanpa ditanya atau dikaji, jauh sekali dibicara dengan tertib berkenaan jenayah yang dilakukan oleh Najib dengan wang 1MDB, mereka menjatuh hukum bahawa wang 1MDB halal diguna untuk ibadah haji,” katanya dalam laman blog chedet.cc, semalam.
Walhal, beliau berkata, ramai rakyat Malaysia tahu dan seluruh dunia tahu bahawa wang sebanyak 42 billion Ringgit dipinjam oleh 1MDB dengan faedah yang amat tinggi dan komisyen 10% kepada Goldman Sachs tanpa mengikuti cara-cara pinjaman Kerajaan.
Katanya, wang ini dilabur dalam syarikat yang menimbul tanda tanya akan aset dan perniagaanya, dikeluar modal yang dilabur dari syarikat ini, dijadikan pinjaman kepada syarikat ini, dipindah ke beberapa pulau Caribbean, dimasuk dalam bank di Singapura dan sekarang ini diketahui dapat ke tangan Jho Low.
Wang itu kemudiannya didakwa oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat telah masuk dalam akaun peribadi Najib.
“Jabatan Keadilan Amerika Syarikat telah dakwa lebih US $3 billion wang 1MDB telah dicuri dan percubaan dibuat untuk membersihkan wang ini dengan membeli rumah mewah di Amerika dan di U.K. serta dibeli gambar lukisan dan dilabur dalam pengeluaran filem lucah “Wolf of Wall Street”.
“Bagi hakim yang berhajat menjatuh hukuman, semua ini perlu diselidiki dan diambil kira sebelum dihukum. Tetapi amatlah jelas kewangan 1MDB tidak dikaji oleh mufti kerana ingin menghalalkannya untuk buat ibadah haji.
Mungkin orang Islam seperti saya tidak tahu secara mendalam dengan hukum hakam Islam, tetapi semua tahu bahawa wang yang dicuri tidak halal. Mengguna wang yang dicuri untuk ibadat amat bercanggah dengan ajaran Islam. Ia ditegah.
“Oleh kerana mufti-mufti tidak tahu dan tidak mengadakan kajian dan perbicaraan dengan tertib sebelum mereka membuat kenyataan bahawa saya cuba menjadi Tuhan kerana menyoal samada sah atau tidak mengguna duit 1MDB, maka saya berhak mempertikaikan dakwaan mereka.
“Lebih-lebih lagi mereka adalah pegawai upahan Kerajaan dan terdedah kepada tindakan jika mereka, dengan mendakwa ibadat haji dengan duit 1MDB tidak sah, sekaligus mengaku Najib telah mencuri duit 1MDB,” katanya.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir membuat spekulasi bahawa, pihak-pihak ini sudah tentu mengetahui tujuan sebenar Najib membiayai beribu orang untuk tunaikan ibadat haji adalh bukan kerana mencari pahala tetapi kerana bertujuan mendapat sokongan politik dari penerimanya.
“Ini adalah satu jenis rasuah dan ini juga haram disisi agama Islam. Apakah pendapat mufti berkenaan dengan ibadat haji dengan duit dua kali haram – sekali duit curi, kemudian duit sogok.
“Kalau masih anggap halal, terimalah dan lakulah ibadat haji dengan duit 1MDB,” katanya.

7 comments:

  1. Jahil dan malas nak membaca dan cari fakta. Nak tanya mungkin rasa malu kerana selama ini selalu anggap diri sendiri dah bijak pandai walhal, sebaliknya. Sungguh memalukan.

    ReplyDelete
  2. Hanya org umno boleh rekomen sapa boleh pi haji guna duit 1emdb. La ni kalau mukris hantar nama calon mesti kena reject pasai dia bukan umno. Duit rakyat hanya boleh diamal jariahkan oleh tangan org umno sahaja. Pasai xkan MCA atau MIC nak rekomen tok imam pi aji kut. Tobat depa x pi.
    Depa kata depa xpilih bulu utk calonkan sapa2 utk pi haji. Depa xtau duit yg depa guna tu adalah duit rakyat malaysia yg kebnyakkannya xundi kat depa pun. Undi popular xdpt kat depa pun. Duit dap, mic, mca, pbs, ppp ntah apa lagi. suma ada share kat situ. Apa niat org umno guna duit tu utk taja org pi haji? Ingat 1emdb tu umno punya saja ka? Parti komponen BN yg lain macam mana kira? UMNO tidak amanah terhadap pengurusan kewangan 1emdb! Ustaz yg duk nak bela sangat tu sebenaqnya depa duk bela UMNO. Bukannya bela institusi agama. Islam xpernah setuju dengan org yg x amanah dlm pengurusan pentadbirannya. Sib baik mukris dah taubat.

    ReplyDelete
  3. 1. Saya pernah kritik harussaini pasal mengapa beliau terus percaya apa yang peguam kafir berpangkalan di australia dan terus menghukum DoJ fitnah najib. Mufti ini bukan lulusan undang2.

    2. Seorang prof juga mengingatkan berita dari orang kafir jangan dipercayai. Ini tak selari dengan tindakan harussaini.

    3. Ada gesaan agar majlis fatwa kebangsaan mengeluarkan fatwa pasal 1MDB. Pengerusinya menjawab mereka tiada kepakaran. Namun apabila sakit zika merebak, mereka keluarkan fatwa pasal anak dalam kandungan viz abortion. Mereka tiada kepakaran tapi ada doktor pakar nasihat. Mengapavdalam kes 1MDB tak mintak nasihat pakat bangking, akauantan, undang2 dsbnya. Double standard,

    Mahathir bukan agamawan tapi kemas berhujah pasal isu agama. Harussaini, kelamkabut kerana makan gaji.

    Pas tu mintak orang hormat institusi agama, mufti dan majlis fatwa. SAPA NAK HORMAT....

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Mengapavdalam kes 1MDB tak mintak nasihat pakat bangking, akauantan, undang2 dsbnya. Double standard,"

      Kami makan gaji je (kata mufti), keluar fatwa, beri hukuman untuk rakyat mereka lah didepan sekali.

      Maaf cakap la ye, kami rakyat tak ada rasa hormat terhadap mufti2 sebegini.

      Mufti boleh fikir tak? Nak tanya?

      Najib menzalimi dan menyamun wang dan harta rakyat, benar atau tidak?

      Kalau mufti tak boleh jawab,

      Jangan beri jawapan "tak ada kepakaran", baik dok diam jer, sila bisukan diri tu, buat kerja dan jgn sekali kali bersuara sehingga keluar muka di kaca T.B.peringkat 3 Suku.

      Delete
  4. mopti2 dan ustaz2 malas nak membaca dan buat kajian.tgk sajalah kat forum perdana.yg boleh bukak cerita lain dr yg selalu kita dengaq seorg jak dr Pahang nu.ustaz badiozaman kat badrulzaman ka.yg lain sebijik mcm burung kakak tua.harapmaklum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mop ti najib gunakan untuk lap lantai kalau kotoran.

      Delete
  5. Golongan mufti ni pikir dia tergolong dalam golongan yg istimewa. Istimewa dan makan gaji lagi parah. Apatah lagi takut hilang pencen. Takpelah, berani buat berani tanggung di mahkamah Allah nanti ..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com